Posts

Showing posts with the label Mati Mengejut

Tekanan pada leher punca kematian murid tahun empat di Senawang

Image
Punca kematian murid lelaki tahun empat yang ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah sekolah di Senawang, semalam (Rabu, 1 Oktober 2025) disebabkan tekanan pada leher. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata bedah siasat di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau yang dijalankan hari ini juga mendapati tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh badan mangsa berusia 10 tahun itu. "Setakat ini 27 keterangan telah dirakam dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan termasuk mengenal pasti punca tindakan sebelum kejadian sehingga kepada siasatan semasa mangsa dijumpai tidak sedarkan diri dalam tandas sekolah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan buli. Dalam pada itu, Alzafny menggesa agar orang ramai memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan secara telus dan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas sehingga mengganggu proses siasatan. Beliau...

Lelaki Malaysia ditemui mati di hotel pusat bandar Betong

Image
Pada 26 Mei 2025, Leftenan Polis Jakarin Laksana, Pegawai Penyiasat dari Balai Polis Betong, menerima laporan tentang kematian di sebuah hotel di pusat bandar Betong, daerah Betong , wilayah Yala , Selatan Thailand. Beliau segera memaklumkan kepada pegawai atasan dan bergegas ke tempat kejadian bersama Leftenan Kolonel Polis Rusman Deenamo, Timbalan Penguasa Penyiasatan, Leftenan Kolonel Polis Phongsak Khunbanthoeng, Timbalan Penguasa Risikan, pegawai polis dari unit penyiasatan dan risikan, seorang doktor, seorang jururawat, serta sukarelawan dari Yayasan Penyelamat Sawang Betong Tham Sathan. Di lokasi kejadian, kakitangan pembersihan hotel dan rakan-rakan si mati sedang menunggu pihak berkuasa di dalam bilik. Mayat seorang lelaki Malaysia berusia 67 tahun, ditemui terbaring meniarap di lantai, memakai baju merah dan seluar dalam boxer. Pihak berkuasa mengambil gambar terperinci dan mengumpul bukti dari bilik tersebut sebelum menghantar mayat ke Hospital Betong untuk bedah siasat yang...

Tahanan ditemui mati dalam lokap

Image
  Tahanan ditemui mati dalam lokap [LINK:  https://pakdin.my/?p=153514 ] KOTA BHARU - Seorang suspek berkait kes pemilikan dadah ditemukan mati ketika berada di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, pada petang Ahad. Suspek lelaki yang berusia 37 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, suspek sebelum itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sel semasa pemeriksaan rutin berkala yang dilakukan oleh pihak polis. “Suspek disangkakan tidur dan dikejutkan namun tidak bangun menyebabkan polis menghubungi pegawai perubatan. “Pegawai perubatan yang tiba dari Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa ke lokap IPD Kota Bharu mengesahkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin. Beliau berkata, suspek tersebut ditahan pada Sabtu lalu bagi membantu siasatan kes pemilikan dadah mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Ber...