Posts

Showing posts with the label Letupan

🎦 Penduduk Britain terkejut lihat letupan besar di langit

Image
🎦 Penduduk Britain terkejut lihat letupan besar di langit BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168724/ LONDON – Penduduk di Oxfordshire, Britain terkejut selepas melihat ‘bebola api’ misteri muncul di samping bunyi letupan di langit pada malam semalam (waktu tempatan), lapor akhbar The Sun. Menurut polis, letupan berlaku disebabkan kilat menyambar sebuah loji sisa buangan di bandar Yarnton.  Beberapa silinder gas di loji tersebut disambar kilat yang mengakibatkan api dan asap memenuhi langit pada malam semalam. Polis mengesahkan bahawa tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran di loji itu, namun jalan A40 ditutup selepas kejadian. Penduduk tempatan juga diarah kekal berada di dalam rumah selain menutup tingkap dan pintu selepas kejadian tersebut. Polis Thames Valley dalam satu kenyataan berkata: “Pegawai kami berada di lokasi kejadian kebakaran di loji sisa berhampiran Yarnton, Oxfordshire. “Kilat dipercayai menyambar silinder gas di tapak berkenaan semasa cuaca buruk pada petang tadi

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Image
[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158521   Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di Tak Bai, wilayah Narathiwat, Thailand yang bersempadan di daerah Tumpat, Kelantan. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, aset ini meliputi pemantauan helikopter dan dron. "Kita (PDRM) dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan. "Selain kawalan sempadan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM telah menambah anggota dan aset PGU melibatkan pemantauan helikopter dan dron," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Tambahnya, penduduk di kawasan berhampiran dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya mengesan sesuatu yang mencurigai. Dalam kej