Posts

Showing posts with the label PKR

[VIDEO] PKR menang kes saman, mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta

Image
[VIDEO] PKR menang kes saman, mahkamah perintah Zuraida bayar RM10 juta BACA seterusnya: https://pakdin.my/166019 Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu. Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman PKR itu selepas mendapati bon tersebut merupakan kontrak yang sah dan mengikat. Mahkamah juga memerintahkan Zuraidah untuk membayar kos RM50,000. Saman itu difailkan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 28 Sept 2020 untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida kerana didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya dengan parti itu. Kenyataan tuntutan PKR mengatakan bahawa Zuraida telah menandatangani bon RM10 juta berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.  Hakim Akhtar yang menyampaikan keputusan itu melalui prosiding secara dalam talian, berkata hujah Zuraida bahawa beliau menandatangani bon...

Selepas Hans Isaac, Altimet, giliran Afdlin pula tewas pemilihan Ketua Cabang PKR

Image
Selepas Hans Isaac, Altimet, giliran Afdlin pula tewas pemilihan Ketua Cabang PKR Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159064   Pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa. Cabang itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara Afdlin sekadar berpuas hati dengan 372 undi. Dengan keputusan terbaru itu, menyaksikan saingan membabitkan personaliti dan artis dalam Pemilihan PKR kali ini gagal meraih kejayaan. Terdahulu, pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac juga tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang Ampang. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, sekadar memproleh 609 undi sementara pesaing selebriti lain, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet, yang turut tewas, memperoleh 589 undi. Pemilihan bagi Ketua Cabang Ampang dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi.

Tambang ECRL mahal, formula siapa kamu pakai? Najib soal pemimpin PKR

Image
Tambang ECRL mahal, formula siapa kamu pakai? Najib soal pemimpin PKR  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158363     Macam mana orang PH ni boleh keluarkan kenyataan seperti ini?  Siapa yang buat pengiraan untuk dia? Formula siapa yang kamu pakai? Kononnya harga tambang keretapi ECRL akan 6 kali ganda lebih tinggi berbanding tambang pesawat? Takkan syarikat ECRL gila? Marah seluruh pantai timur Malaysia sekiranya harga tambang tinggi melambung seperti itu! No. Kerajaan dan ECRL tak gila. Yang gila adalah orang PH yang keluarkan kenyataan macam ini? Ya, kos projek ECRL adalah tinggi tapi harga tambang akan munasabah dan berpatutan sebab sumber pendapatan projek ECRL bukan sahaja dari kutipan tambang pengguna. Bahagian terbesar sumber pendapatan dan trafik ECRL adalah dari pengangkutan barang-barang.  Freight dua hala dari pelabuhan Kuantan ke pelabuhan Port Klang. Dengan ini, kapal-kapal tidak perlu melalui negara Singapura. Satu lagi sumber pendapatan ialah...

PKR pecat 11,000 ahli selepas Langkah Sheraton, kata Saifuddin

Image
PKR pecat 11,000 ahli selepas Langkah Sheraton, kata Saifuddin Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157473 - PKR memecat 11,000 ahlinya yang ada kaitan dengan “Langkah Sheraton” membabitkan kumpulan bekas Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali pada Februari 2020 sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan tumbang. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Lembaga Disiplin parti terpaksa bekerja lebih keras untuk membersihkan ahli yang bersekongkol dengan kumpulan “khianat” PKR itu. “Saya masih ingat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas Langkah Sheraton panas, kalau mesyuarat tiga jam, dua jam bincang laporan Lembaga Disiplin, tapi sekarang tidak ada lagi. “Kalau dulu beribu laporan Lembaga Disiplin kita terima, merangkumi pelbagai, ada yang diberi surat tunjuk sebab, peluang bela diri dan dibenar membuat rayuan dan sebagainya,” katanya dalam wawancara “Pemilihan PKR 2022: Apa anggota perlu tahu?” malam ini. Sehubungan itu, katanya...

#PRNJohor: Anwar kecewa dengan parti Muda

Image
#PRNJohor: Anwar kecewa dengan parti Muda - Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155342 - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) kerana meletakkan calon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Larkin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) tidak ada masalah terhadap calon yang bertanding dalam PRN Johor tetapi masalah timbul di Dun Larkin membabitkan parti Muda. "Perkara ini akan diserahkan kepada rakyat untuk menilai daripada segi sokongan. "Kita memerlukan pembangkang yang kuat dan konsisten yang tidak boleh disogok atau dibeli, itu yang rakyat perlukan," katanya pada Program Santai Belia Malaysia di Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson, hari ini. Sementara itu, Anwar berkata, PH tidak meletakkan mana-mana calon sebagai calon Menteri Besar tetapi mahu memastikan kemenangan (PRN) dulu. "Perkara itu belum dibincangkan tetapi kita mahu menyelesa...

#PRNJohor: Wanita PKR Johor kecewa Amanah beri MUDA kerusi mudah menang

Image
#PRNJohor: Wanita PKR Johor kecewa Amanah beri MUDA kerusi mudah menang [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154551 ] Wanita PKR Johor kecewa dengan keputusan Amanah yang menyerahkan kerusi ‘mudah menang’ kepada MUDA pada pilihan raya negeri (PRN) itu nanti. Ketuanya Napsiah Khamis mempersoalkan tindakan itu kerana baginya Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa berpotensi dipertahankan Pakatan Harapan (PH). “PH sepatutnya kena jaga kerusi yang macam ni, kita tidak tahu bagaimana kesetiaan MUDA kepada kita, tidak teruji pun lagi, jadi itu yang kita pertikaikan,” katanya. DUN Puteri Wangsa salah satu daripada enam kerusi yang diserahkan Amanah dan DAP kepada MUDA untuk ditandingi. Kerusi itu dilihat berpotensi dimenangi memandangkan PH menang di kawasan berkenaan dalam dua pilihan raya sebelum ini. Pada PRU14, DUN Puteri Wangsa mempunyai pengundi 39% Melayu, Cina 50%, India 10% dan lain-lain 1%. Mazlan Bujang daripada Bersatu, yang bertanding atas tiket PKR, menang dengan majoriti 24,95...