Posts

Showing posts with the label Kementerian Pertanian

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Image
Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160501/ Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari seberang. Kebanyakan penternak takut nak bela ayam masa ini kerana tidak mahu berlaku lebihan. Ayam besar-besar yang sepatutnya dihantar ke Singapura ‘sangkut’ di ladang. Tuduhan wujud kartel sampai sekarang tidak di temui. Seorang pemilik syarikat pembekal dan pembeli ayam khuatir masalah baharu akan muncul apabila sekatan eksport ditarik, akibat ketiadaan maklumat mengenai tempoh sekatan dan kelambatan kerajaan membuat keputusan. Baharudin Ahmad di NB Poultry Processing Industries berkata, ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari seberang. Katanya, sebelum ini penternak men