Posts

Showing posts with the label Ku Nan

[Video] Jangan kelirukan akar umbi parti, Presiden UMNO adalah Pengerusi BN

Image
[Video] Jangan kelirukan akar umbi parti, Presiden UMNO adalah Pengerusi BN SUMBER:  https://pakdin.my/158183 Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran agar tidak menimbulkan masalah serta mengelirukan akar umbi parti dan rakyat. Tengku Adnan berkata, perlembagaan UMNO sudah jelas tertera bahawa mana-mana individu yang menjadi Presiden UMNO akan dilantik sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN). “Saya hairan kenapa kenyataan (cadangan) itu dikeluarkan oleh Annuar kerana pengerusi BN ketika ini adalah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. “Sebagai bekas Setiausaha Agung UMNO, saya ingin jelaskan bahawa kita (UMNO) ada perlembagaan sendiri dan perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan parti,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan apron dan topi kepada peniaga Bazar Ramadan Putrajaya, semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicadangkan seb

[Video] PRU15: Waspada dengan ‘sesumpah’, pesan Ku Nan

Image
[Video] PRU15: Waspada dengan ‘sesumpah’, pesan Ku Nan Sumber:  https://pakdin.my/158085 .. Sejak kebelakangan ini seakan ada pemimpin dalam parti-parti tertentu yang muncul kembali secara tiba-tiba, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Utama Tengku Adnan Mansor. Menurut beliau walaupun sebelum ini rakyat sangat-sangat susah, tertekan dan terhimpit, segelintir pemimpin itu langsung tidak kelihatan, namun sekarang seakan ‘mati hidup semula’. “Ini termasuklah menteri-menteri zaman PH yang penuh kesumat, zaman PN ikut suka sendiri malah dalam kerajaan Keluarga Malaysia sekarang pun menunggu MoU tamat? “Persoalannya adakah pemimpin ‘mati hidup semula’ ini ada balik kerana cerita-cerita tentang Pilihan Raya Umum makin dekat,” katanya menerusi catatan di Facebook . Di samping itu, Tengku Adnan menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dengan ‘sesumpah’ menjelang pilihan raya. “Maknanya, waktu nak pilihan raya timbul, lepas tu hilang berzaman tanpa ambil kisah rakyat yang undi mereka. B¹la tiba

Teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara – Ku Nan

Image
Teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara – Ku Nan [LINK: https://pakdin.my/?p=153517 ]  Perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara mesti diteruskan biarpun banyak dugaan dan rintangan, tegas Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurut beliau, walaupun laluan dalam perjuangan bukan mudah tetapi semangat tidak akan luntur dan usaha meneruskan perjuangan juga tidak akan mundur. “Moga Allah SWT permudahkan laluan perjuangan kita. Teruskan demi agama, bangsa dan negara. “UMNO Bahagian Putrajaya tak pernah patah semangat, memang banyak cabaran dan tak mudah laluan tapi insya-Allah tak akan mundur,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa UMNO Putrajaya baru-baru ini. Katanya, mesyuarat tersebut adalah rutin biasa yang dilaksana dalam kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya bagi memastikan setiap apa yang diputuskan oleh dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung baru-baru ini dapat terus sampai ke akar umbi. Dalam ma