Posts

Showing posts with the label Kelantan Unnited

Liga Super: JDT 'tumbangkan' Kelantan United 2-0

Image
Liga Super: JDT 'tumbangkan' Kelantan United 2-0 BACA seterusnya di https://pakdin.my/169263 KOTA BHARU: Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan Kelantan United FC (KUFC) 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi. Bermain dilaman sendiri menentang Juara Liga Super 2023, KUFC tampak bersedia terutama di barisan pertahanan apabila sering kali mematahkan serangan bertubi-tubi pasukan pelawat. Muhammad Syahmi Safari terlebih dahulu nyaris menghasilkan gol pembukaan pada minit ke-10 buat JDT namun sekadar melepasi tiang gol KUFC. Selang dua minit, Diogo Luis Santo gagal menterjemah gol selepas menerima umpanan cantik Muhammad Nazmi Faiz Mansor ketika gawang tuan rumah sudah terbuka luas. Cubaan jarak jauh Fernando Martin Forestieri juga tersasar pada minit ke-25, sekali gus menyaksikan Harimau Selatan terus kempunan jaringan. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas berakhir separuh masa pertama dan selepas mem