Posts

Showing posts with the label Pemilihan

[VIDEO] Pertandingan jawatan Naib Presiden dan ke bawah wujud persaingan sihat - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Pertandingan jawatan Naib Presiden dan ke bawah wujud persaingan sihat - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162408 Pertandingan bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden UMNO serta jawatan ke bawah pada pemilihan parti mewujudkan persaingan sihat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata walaupun terdapat dakwaan pertandingan jawatan akan membuka ruang kepada wujudnya kem-kem calon, pemilihan yang dibuat di peringkat akar umbi adalah lebih penting. “...dengan penawaran diri (calon) bagi jawatan Naib Presiden dan ke bawah ini adalah persaingan sihat dan saya rasakan yang penting adalah bukan pemilihan yang dibuat melalui kumpulan ‘sepapan’ (kem). “Tetapi yang lebih penting, pada hemat saya pemilihan dibuat di peringkat bahagian dan cawangan-cawangan akan memilih individu daripada kalangan calon terbaik pada 18 Mac nanti,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Bengkel Hala Tuju Strategik Kementerian Kemajuan ...

Akar umbi UMNO sebulat suara lulus usul pinda perlembagaan

Image
Akar umbi UMNO sebulat suara lulus usul pinda perlembagaan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158445     Kejayaan meluluskan usul meminda perlembagaan UMNO hasil daripada keputusan sebulat suara dari setiap akar umbi parti bagi memastikan parti itu berada dalam landasan terbaik dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) umum akan datang. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, apalah ertinya memenangi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan tetapi UMNO tewas PRU akibat perpecahan parti hasil perebutan jawatan sebelum PRU. “Atas semangat mahukan kestabilan politik diperkukuh, tumpuan untuk memenangi PRU akan datang, kesemua kepimpinan tertinggi parti, bahagian dan akar umbi parti bersetuju untuk bersatu hati fokus kepada keutamaan untuk menang PRU terlebih dahulu,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Ahad Menurutnya, UMNO mempunyai visi dan misi yang jelas untuk rakyat, masyarakat dan negara. Idea-idea transformasi telah banyak terbukti berjaya. “ ...

PKR pecat 11,000 ahli selepas Langkah Sheraton, kata Saifuddin

Image
PKR pecat 11,000 ahli selepas Langkah Sheraton, kata Saifuddin Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157473 - PKR memecat 11,000 ahlinya yang ada kaitan dengan “Langkah Sheraton” membabitkan kumpulan bekas Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali pada Februari 2020 sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan tumbang. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Lembaga Disiplin parti terpaksa bekerja lebih keras untuk membersihkan ahli yang bersekongkol dengan kumpulan “khianat” PKR itu. “Saya masih ingat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas Langkah Sheraton panas, kalau mesyuarat tiga jam, dua jam bincang laporan Lembaga Disiplin, tapi sekarang tidak ada lagi. “Kalau dulu beribu laporan Lembaga Disiplin kita terima, merangkumi pelbagai, ada yang diberi surat tunjuk sebab, peluang bela diri dan dibenar membuat rayuan dan sebagainya,” katanya dalam wawancara “Pemilihan PKR 2022: Apa anggota perlu tahu?” malam ini. Sehubungan itu, katanya...