Posts

Showing posts with the label Ahmad Said

Ahmad Said berundur demi pembaharuan UMNO Terengganu

Image
Ahmad Said berundur demi pembaharuan UMNO Terengganu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174072 KEMAMAN – Datuk Seri Ahmad Said memutuskan untuk berundur bagi memberi laluan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) diterajui generasi muda. Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat telah dicadangkan untuk menggantikannya memimpin BPUNT. “Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BPUNT dan mencadangkan Datuk Rozi Mamat bagi menggantikan saya. “Keputusan saya buat ini adalah semata-mata untuk memberi laluan kepada orang baru yang lebih muda meneraju UMNO Terengganu,” katanya di sini hari ini. Ahmad berharap perlantikan Rozi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu dapat menyuntik semangat baharu kepada BPUNT. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu beliau sepanjang mentadbir BPUNT. “Saya memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam pentadbi

Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad

Image
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165690 MARANG, 5 Jun (Bernama) -- Proses agihan kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai sepenuhnya, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said. Beliau berkata proses agihan tersebut selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan beliau telah menyerahkan keputusan agihan tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dimuktamadkan. "Presiden sama presiden akan bincang. Tunggulah... biar mereka selesaikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera PRN 2023 Peringkat UMNO Bahagian Marang di Wakaf Tapai, di sini, hari ini. Katanya,  BN juga telah menyenarai pendek nama-nama calon yang bakal bertanding untuk kerusi DUN Terengganu pada PRN tidak lama lagi. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/ZE

UMNO Terengganu tak ada masalah gabung dengan PH rampas Terengganu

Image
UMNO Terengganu tak ada masalah gabung dengan PH rampas Terengganu "Politik itu dinamik, bukan politik mati... Sebab itu orang kata tidak ada musuh berkekalan, kawan berkekalan dalam politik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164054 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk merampas semula pentadbiran negeri itu daripada pimpinan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Ahmad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, berkata kerjasama (UMNO dan PH) dah terjalin di peringkat pusat, maka ia akan diteruskan demi kestabilan negara dan negeri berkenaan. "Politik itu dinamik, bukan politik mati... Sebab itu orang kata tidak ada musuh berkekalan, kawan berkekalan dalam politik," katanya pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ketengah 2023 di Bandar Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini. Turut hadir Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu