[VIDEO] Jalan Kota Kinabalu-Sandakan terputus akibat pembetung runtuh
[VIDEO] Jalan Kota Kinabalu-Sandakan terputus akibat pembetung runtuh BACA seterusnya di https://pakdin.my/161533/ KOTA KINABALU: Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di kawasan Ranau ditutup sementara kerana kegagalan pembetung yang runtuh dan jalan terputus akibat hujan lebat berterusan sepanjang hari ini 4 Januari 2023. Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dalam kenyataan malam ini memaklumkan, kejadian kegagalan pembetung di kawasan KM 109.378, Ranau itu membahayakan laluan berkenaan dan tidak boleh dilalui sebarang jenis kenderaan. Kejadian kira-kira jam 10 malam itu menyebabkan ratusan kenderaan terkandas namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. "Pengguna jalan raya boleh melalui laluan alternatif melalui Jalan Sinarut Baru Togudon Baru (hanya untuk kenderaan Kecil). "Semua pengguna jalan raya dimohon untuk mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," menurut kenyataan itu. Jalan Kota Kinabalu-Sandakan adalah antara jalan utam...