Posts

Showing posts with the label Kanal-kanak

Jurulatih taekwando disyaki cabul 4 kanak-kanak ditahan

Image
Jurulatih taekwando disyaki cabul 4 kanak-kanak ditahan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170525 SHAH ALAM: Polis mengesahkan menahan seorang jurulatih seni mempertahankan diri yang didakwa mencabul empat pelatih kanak-kanak di pusat latihan di Shah Alam. Perbuatan jijik lelaki berusia 20 tahun yang juga penuntut kolej swasta itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibu bapa masing-masing. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian dikatakan berlaku sekitar September sehingga Oktober lalu. "Laporan pertama berkaitan kejadian diterima pada 1.53 tengah hari Khamis lalu daripada ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun. "Mangsa mendakwa dicabul suspek semasa berada di dalam tandas di pusat latihan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Mohd Iqbal, setakat ini empat laporan diterima membabitkan empat mangsa berbeza berusia antara tujuh hingga sembilan tahun. Beliau berkata, siasatan awal mendapat