Posts

Showing posts with the label Kuching

Firefly lancar penerbangan terus Kota Kinabalu-Kuching

Image
Firefly lancar penerbangan terus Kota Kinabalu-Kuching BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164812 Firefly telah melancarkan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Kuching bermula 16 Mei lepas. Firefly menerusi satu hantaran di Instagram rasminya mendedahkan selain Kuching, pihaknya turut menyediakan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Tawau dan Sandakan. “Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah memulakan operasi penerbangan terus pergi dan balik dari Kota Kinabalu ke Kuching, Tawau dan Sandakan,” menurut hantaran terbabit. Terdahulu, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, penambahan penerbangan terus ke Kuching itu akan merancakkan lagi kedatangan pengunjung luar ke negeri ini.

[VIDEO] Cabut lari tapi tertinggal telefon, lelaki santap makanan RM1,000 menggigil apabila disuruh membayar

Image
[VIDEO] Cabut lari tapi tertinggal telefon, lelaki santap makanan RM1,000 menggigil apabila disuruh membayar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161947 KUCHING, SARAWAK- Seorang lelaki nekad melarikan diri selepas makan hidangan lebih RM1,000 di sebuah restoran masakan Jepun, Icom Square pada Isnin 16 Januari 2023.  Namun, lelaki terbabit kembali semula ke restoran berkenaan kerana tertinggal telefon bimbitnya sekitar jam 11 pagi semalam untuk menuntut semula telefonnya itu.  Selepas insiden itu dan nasihat daripada orang ramai di media sosial, Izakaya Japanese Restaurant di Icom Square menerusi akaun rasmi Facebooknya berkata, pihaknya bertindak mengunci pintu selepas lelaki terbabit masuk ke restoran berkenaan untuk menuntut telefonnya.  "Kami meminta dia membayar bil makanannya yang belum dibayarnya sebelum ini.  "Dia cuba membayar menggunakan kad debit dan terlihat tangannya terketar-ketar ketika menekan nombor pin kad debitnya tetapi gagal.  "Kami juga cu...

[Video] Jumpa rangka manusia dalam perut buaya

Image
[Video] Jumpa rangka manusia dalam perut buaya Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159233   Beberapa kepingan rangka manusia ditemukan dalam perut seekor bangkai buaya seberat 300kg, di Kampung Nyabut, Trombol, dekat Kuching, hari ini. Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada buaya yang mempunyai kesan rahang patah merupakan reptilia sama membaham seorang kanak-kanak lelaki, pada 21 Mei. Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching. Berdasarkan laporan, Mohd Adammi Moktar disambar buaya ketika sedang mengambil air dan terus hilang di dasar sungai. Sarawak Forestry Corporation dalam kenyataannya, berkata Pasukan Swift Wildlife Action Team (SWAT) SFC ketika ini sedang giat menjalankan usaha perburuan buaya yang mengganas di beberapa lokasi termasuk di kawasan Trombol dan daerah Lundu. “Buaya berkenaan dipercayai mati tiga hari lalu. Sela...