Posts

Showing posts with the label Behrang

Insiden tembak di Behrang: Polis sahkan tahan lelaki disyaki terlibat kes pecah rumah

Image
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat kes pecah rumah dalam satu insiden tular di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Behrang arah selatan, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tengah hari, 20 September 2025. Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata suspek dari arah Manjung menghala ke Kuala Lumpur berjaya ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah yang melakukan rondaan cegah jenayah kira-kira 12.30 tengah hari. Beliau berkata berlaku kejadian kejar antara polis dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Aruz dinaiki suspek berusia 35 tahun dari arah Tapah sehingga ke lokasi kejadian. “Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kenderaan dipandu suspek dan polis menemukan pelbagai peralatan yang digunakan untuk pecah rumah termasuk jaket polis di dalam kenderaan suspek. “Ini adalah kolaborasi yang baik antara (polis) daerah bekerja dalam satu pasukan sehingga berjaya menangkap suspek,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Program Ter.....

[VIDEO] Kemalangan maut libatkan pelajar wanita UPSI

Image
[VIDEO] Kemalangan maut libatkan pelajar wanita UPSI BACA seterusnya di https://pakdin.my/161798/?amp=1 MUALIM: Seorang pelajar wanita Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pokok di susur keluar Plaza Tol Behrang Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini petang semalam. Kejadian melibatkan mangsa, M Yoogavani, 20, yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara empat lagi rakannya cedera. Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.55 petang. Katanya siasatan awal mendapati semua mangsa wanita itu dalam perjalanan dari Batu Gajah, Perak ke universiti terbabit di Tanjung Malim. “Kereta jenis Honda City yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar pokok. “Mayat mangsa yang berasal dari Sungai Jawi, Pulau Pinang dihantar ke Hospital Slim River (HSR) untuk tindakan selan...