Posts

Showing posts with the label Puncak Alam

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Image
[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496 Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya, masing-masing berusia 12 dan 14 tahun ketika kejadian pada November tahun lepas. Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. Ibu kepada lima orang anak itu turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan telah mengarahkan pembuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk video di sebuah hotel di Sungai Buloh, antara 17 dan 18 Feb 2022

Jalan Puncak Alam ke Taman Subang banjir kilat

Image
Jalan Puncak Alam ke Taman Subang banjir kilat Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157228 - SHAH ALAM - Jalan Puncak Alam menghala ke Taman Subang berdekatan Kampung Melayu Subang dilanda banjir kilat berikutan hujan, pada Rabu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.38 petang. Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik digerakkan ke lokasi kejadian. "Paras air dilaporkan naik setinggi 0.30 meter di jalan terbabit, namun ia tidak membabitkan mangsa dan kenderaan. "Keadaan banjir kilat di kawasan itu (pada masa ini) semakin surut," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.