Posts

Showing posts with the label Rantau Panjang

Sungai Golok melimpah: Peniaga di Rantau Panjang tutup kedai awal

Image
Peniaga di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di sini bertindak mengemas dan menyimpan barangan jualan mereka seawal 2 petang tadi, susulan bimbang dengan paras air Sungai Golok yang melimpah dan diramal meningkat secara mendadak. Tinjauan Bernama petang tadi mendapati kawasan itu lengang dengan banyak premis telah ditutup. Peniaga selipar dan anak patung, Nurul Atikah Adli, 21, berkata dia telah menyimpan barangan jualan di tempat tinggi bagi mengelak dibasahi air sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan. “Sebelum ini, saya akan membuka kedai seawal 10 pagi hingga 7 malam namun limpahan air dari Sungai Golok menyebabkan saya terpaksa menutup premis lebih awal, bimbang barangan jualan terjejas. “Dalam kejadian banjir pada November lepas, saya tidak menyangka paras air di sini mencecah sehingga ke paras pinggang menyebabkan saya menanggung kerugian besar,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Melayu Rantau Panjang, Ramli Abdullah berkata kebanyakan peniaga menutup pr...

[TONTON] Sungai Golok 'Mengepung', penduduk berlumba dengan masa selamatkan harta

Image
Walaupun langit cerah tanpa hujan, limpahan air Sungai Golok yang mula ‘mengepung’ beberapa kampung di Rantau Panjang di sini sejak pagi tadi memaksa penduduk bersiap-siaga menghadapi ancaman banjir. Penduduk kini bagaikan berlumba dengan masa, berusaha menyelamatkan apa sahaja yang mampu sebelum arus banjir menelan segalanya. Tinjauan di Kampung Tersang, Kampung Lubok Gong, Kampung Lanchang dan Kampung Tok Deh di sini mendapati penduduk bertindak pantas memindahkan kenderaan serta haiwan ternakan ke kawasan tinggi sebelum air terus naik. Air naik dengan perlahan hari ini kerana hujan lebat tidak turun. Ini kali kedua banjir berlaku selepas hampir tiga minggu banjir gelombang pertama surut. Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Kampung Tersang, Siti Khadijah Osman, 17, berkata dia telah mengemas semua dokumen penting miliknya untuk menduduki peperiksaan itu esok termasuk buku nota dan pakaian sekolah. "Air mula memasuki pekarangan rumah kira-kira 9.30 pagi tadi, saya bersama e...

[Video] Orang ramai tidak tahu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dibuka

Image
[Video] Orang ramai tidak tahu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dibuka Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158355    RANTAU PANJANG - Pintu sempadan darat Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang di sini pada Khamis (5 Mei 2022) lengang gara-gara orang ramai tidak mengetahui perkhabaran itu. Tinjauan di ICQS Rantau Panjang mendapati lokasi itu lengang dan hanya terdapat beberapa orang sahaja yang hadir untuk membuat pas sempadan untuk ke negara jiran. Pembukaan sempadan darat itu merupakan kali pertama melibatkan kawasan di negeri ini sejak Covid-19. Saodah Yassin, 43, berkata, beliau mengetahui tentang berita berhubung pembukaan sempadan itu ketika sedang membeli makanan di kedai kopi di pekan Rantau Panjang. "Saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu pintu sempadan sudah dibuka hari ini (Khamis) kerana tiada sebarang pengumuman dibuat. "Tanpa berlengah saya terus datang ke ICQS Rantau Panjang untuk membuat ...

[Video] Kereta terbakar ketika isi minyak di Petronas Rantau Panjang

Image
[Video] Kereta terbakar ketika isi minyak di Petronas Rantau Panjang Kejadian berlaku kira-kira jam 8.35 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa. Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156967 - RANTAU PANJANG - Sebuah kereta jenis Perodua Kancil tiba-tiba terbakar ketika sedang diisi minyak di sebuah stesen minyak di sini pada pagi Isnin. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, turut terbakar seunit pam minyak yang digunakan untuk mengisi bahan api kereta berkenaan. “Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 8.36 pagi dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang bergegas ke lokasi. “Setibanya di lokasi mendapati sebuah kereta Perodua Kancil sedang terbakar,” katanya. Ujarnya, kerja memadam api dilakukan dengan menggunakan dua unit hos daripada satu jentera dan api dapat dikawal pada jam 8.43 pagi. “Siasatan mendapati kereta terbakar sehingga 50 peratus manakala...

[Video] Penduduk bimbang paras Sungai Golok meningkat

Image
[Video] Penduduk bimbang paras Sungai Golok meningkat [  https://pakdin.my/155290  ] Penduduk di tebing Sungai Golok mula bimbang apabila paras air mula menunjukkan peningkatan selain hujan tanpa henti sejak malam tadi. Tinjauan di beberapa penempatan rendah seperti Kampung Tersang, Kampung Gual To'Deh dan Kampung Lubok Gong, di sini, mendapati kebanyakan sungai mula melimpah namun hanya beberapa rumah mula digenangi air separas 0.3 meter. Penduduk, Nashran Nasuha, 26, mengakui tidurnya terganggu malam tadi, susulan hujan 'luar biasa' lebat yang boleh membawa kepada banjir, tambahan pula kediamanya yang terletak hanya beberapa meter dari Sungai Golok. "Saya ingatkan musim tengkujuh sudah berlalu kerana agak lama kita mengalami cuaca panas, namun kini bertukar hujan semula. Jika diikutkan hujan lebat baru bermula malam tadi, tetapi paras air sungai dilihat naik dengan mendadak. "Bagaimanapun, saya berdoa semoga hujan tidak berlarutan kerana penat mengemas rumah yan...

Pengusaha mi celup ‘telur gedik’ nyaris tutup premis kerana kekurangan bekalan telur

Image
Pengusaha mi celup ‘telur gedik’ nyaris tutup premis kerana kekurangan bekalan telur [Sumber: https://pakdin.my/?p=154556] RANTAU PANJANG - Kesukaran mendapatkan bekalan telur sejak akhir-akhir ini menyebabkan pengusaha mi celup dan nasi air 'telur gedik' di Kelantan hampir menutup premis mereka. Hal ini kerana setiap hidangan tersebut memerlukan telur sebagai bahan utama. Peniaga mi celup dan nasi air telur gedik dari Kampung Kedap, Rohani Mat Ali, 54, berkata, ketiadaan bahan utama itu menyebabkan dia terpaksa menggantikan telur dengan ikan bilis dan isi ayam. "Situasi itu menyebabkan ada pelanggan merungut kerana mereka sudah biasa makan nasi air dengan telur," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Menurutnya, masalah bekalan bahan mentah itu bermula awal Februari lalu menyebabkan dia berdepan kesukaran untuk mendapatkan sepapan telur. Katanya, dia terpaksa keluar masuk ke kedai-kedai runcit di kawasannya untuk mendapatkan bekalan telur. "Bagaimanapun saya ...

30 tahun 'derita' jalan tidak berturap di Rantau Panjang

Image
  30 tahun 'derita' jalan tidak berturap di Rantau Panjang [Sumber: h ttps://pakdin.my/?p=153998 ] RANTAU PANJANG - Lebih 20 buah keluarga di Kampung Perol Lubok Tegayong, Tok Uban di sini 'menderita' sejak 30 tahun lalu apabila laluan masuk ke rumah mereka tidak berturap sekaligus mengundang bahaya setiap kali musim hujan. Dakwa penduduk situasi menjadi lebih bahaya terutama pada waktu malam kerana mereka sukar untuk mengagak laluan tersebut disebabkan oleh suasana yang sangat gelap tanpa kemudahan lampu jalan. Wakil penduduk, Idris Jusoh, 65, berkata, mereka sudah tidak sanggup untuk mengharungi 'penderitaan' itu yang berlarutan sejak 30 tahun lalu. "Kami telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkenaan dan difahamkan ia sudah diluluskan. Malangnya jalan sejauh lima kilometer ini masih belum berturap. "Jadi saya merayu supaya laluan utama kami ini dapat diturap dengan secepat mungkin," katanya kepada pemberita pada Jumaat. Menurutnya, ekoran...