Posts

Showing posts with the label Jepun
Image
▶️ Gempa bumi 7.6 magnitud melanda Jepun, amaran tsunami dikeluarkan Jepun mengeluarkan amaran tsunami untuk wilayah Ishikawa selepas gempa bumi melanda wilayah Noto. https://pakdin.my/174746/ Gempa bumi besar dengan magnitud awal 7.6 telah melanda Ishikawa di tengah Jepun, mencetuskan amaran tsunami dan nasihat untuk penduduk berpindah dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gempa susulan. Tsunami setinggi sekitar 1 meter (3.3 kaki) melanda bahagian pantai barat di sepanjang Laut Jepun, dengan gelombang yang lebih besar dijangka, lapor penyiar awam NHK pada Isnin 1 Januri 2024. Agensi Meteorologi Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami untuk wilayah pantai Ishikawa, Niigata dan Toyama. “Semua penduduk mesti berpindah segera ke tempat yang lebih tinggi,” kata NHK selepas gempa bumi melanda wilayah Noto di wilayah Ishikawa sekitar 4:10 petang waktu tempatan (5:10 petang waktu Malaysia). Ia berkata satu lagi amaran gempa bumi telah dikeluarkan untuk Ishikawa. Gelombang tsunami berbahaya

Malaysia 'smash' Jepun

Image
Malaysia 'smash' Jepun [Sumber: https://pakdin.my/?p=154860 ] SKUAD badminton wanita negara membuka tirai peringkat kumpulan Y Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Jepun 3-2 dalam aksi di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada Selasa. Pada perlawanan tersebut, Malaysia terlebih dahulu ketinggalan 0-2 susulan kekalahan dua pemain perseorangan wanita utama, S Kisona dan Eoon Xi Quan. Kisona terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain Jepun, Natsuki Nidaira 12-21, 16-21, manakala Xi Quan tunduk kepada Riko Gunji 17-21, 7-21. Bagaimanapun, perseorangan remaja negara, Siti Nurshuhaini Azman berjaya menyekat Jepun daripada mendahului 3-0 ke atas Malaysia apabila berjaya meraih kemenangan straight set 21-16, 22-20 menumpaskan perseorangan Jepun, Hina Akechi. Kemenangan itu nyata menyuntik semangat beregu wanita, Pearly Tan dan Valeree Siow yang meneruskan momentum positif apabila menewaskan Rui Hirokami dan Yuna Kato. Pe