Posts

Showing posts with the label Salahguna Kuasa

[VIDEO] Pembantu Kanan PBT di Terengganu direman lima hari

Image
[VIDEO] Pembantu Kanan PBT di Terengganu direman lima hari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166691 KUALA TERENGGANU -- Seorang pembantu kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa. Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri membenarkan permohonan reman terhadap lelaki berusia lingkungan 50-an bermula hari ini hingga Sabtu. Perintah reman itu dibenarkan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Menurut sumber, lelaki terbabit yang juga bendahari bagi kesatuan di PBT itu disyaki meluluskan pengeluaran dana kebajikan kesatuan kakitangan PBT untuk kegunaan peribadi. Suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sejak 2017 hingga 2020 melibatkan lebih 30 transaksi dengan nilai wang mencecah hampir RM200,000.  Sumber memaklumkan, lelaki berkenaan ditahan kira-kira 12.30 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu, sema

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Image
[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644 Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta. Muhyiddin, 75, yang memakai sut biru gelap, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. “Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Muhyiddin.  Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd dan RM1 juta daripada Nepturis Sdn Bhd, bagi parti Bersatu. Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, beliau didakwa sebagai perdana menteri dan presiden parti itu telah menggunakan kedudukannya un

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Image
#PRU15:  Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161031/ Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, KPN dan ketua SPRM di bawah kawalan parlimen. Kerana beliau komited untuk membersihkan Malaysia daripada unsur-unsur salah seperti salah guna kuasa, rasuah, penipuan pentadbiran, dan tidak amanah. Dan kerana beliau komited untuk mengukuhkan konsep pengasingan kuasa dan integriti. Oleh kerana dia melantik sendiri AG dia, berulang kali dia melanggar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dengan melantik hakim tertinggi dia sendiri, melantik penyokong setia dia sendiri sebagai Ketua Polis Negara walaupun pada hakikatnya dia sudah melepasi umur persaraan dan melantik ahli politik aktif daripada kalangan pemimpi pa