Posts

Showing posts with the label Penyakit Misteri

Guru hidap penyakit misteri, tak boleh masuk rumah

Image
Guru hidap penyakit misteri, tak boleh masuk rumah Seterusnya:  https://pakdin.my/158222 .. JERTIH: "Kami sudah berusaha pelbagai cara termasuk berpindah ke rumah lain, tapi suami tetap tidak boleh naik masuk rumah kerana sikap panas baran dan pelupanya tidak berubah," kata Wan Zaidah Wan Bakar isteri kepada guru Azhar Nor, 56, yang didakwa menghidap penyakit misteri. Wan Zaidah, 53, yang kini bertugas di pejabat Jabatan Pertanian di Lundang, Kelantan mengakui suami tetap tidak boleh naik ke rumah walaupun sudah berpindah ke rumah baru. "Perwatakan suami tetap tidak berubah apabila terus menjadi bengis dan panas baran serta pelupa. Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menghabiskan masa dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) walaupun kami sudah berpindah ke rumah baharu," katanya selepas dikunjungi Pengerusi KETENGAH, Datuk Razali Idris, semalam. Kisah guru ini yang terpaksa menjadikan kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai kediaman hampir setahun lalu pernah dilaporkan