Posts

Showing posts with the label Ramalan Cuaca

[VIDEO] Hujan lebat di Sarawak hingga esok

Image
[VIDEO] Hujan lebat di Sarawak hingga esok Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di Sarawak akan dilanda hujan lebat berterusan bermula hari ini hingga esok. Berdasarkan kenyataannya di Facebook, hujan sangat lebat tahap bahaya diramal melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong manakala hujan lebat peringkat buruk berterusan dijangka berlaku di Sarikei serta Mukah membabitkan Tanjung manis dan Daro. Sementara itu, hujan berterusan peringkat waspada diramal melanda Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang. Amaran peringkat waspada juga dijangka berlaku di bahagian Pedalaman Sabah iaitu di Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort; Pantai Barat; Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. Labuan turut diramal mengalami cuaca sama. Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataannya juga turut meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat neger...

Ribut petir dijangka landa seluruh negara (23 Julai 2022)

Image
  Ribut petir dijangka landa seluruh negara (23 Julai 2022) Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159649 Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala di kebanyakan tempat melibatkan negeri-negeri pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah. Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan, berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), keadaan tersebut yang dijangka berlaku sehingga 25 Julai ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir di kawasan terlibat. “Pembentukan awan ribut petir berlaku pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan tempat melibatkan negeri-negeri pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah. “Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sos...