Posts

Showing posts with the label Jambatan

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

Image
[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160793/ BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September 2022. Ketua Kampung Parit Baru, Norlaili Pardi berkata, ketika kejadian dia kebetulan sudah berada berdekatan dengan jambatan berkenaan pada jam 11.00 pagi. "Sebelum kejadian saya membuat tinjauan di jambatan berkenaan kerana melihat keadaan air sungai agak tinggi dan dipenuhi rumput yang sangat tebal. "Namun tidak menyangka tragedi jambatan runtuh berkenaan betul-betul berlaku di depan mata saya sendiri," katanya ketika ditemui hari ini. Beliau berkata, ketika kejadian tiada pengguna jalan raya atau penduduk kampung melalui jambatan berkenaan. https://youtu.be/Iai2qPf9cjk "Sudah hampir empat bulan sungai berkenaan tidak diselenggara dan pihak pengurusan kampung juga sebelum ini mendesak pihak berwajib untuk melakukan pembersihan

Enam kanak-kanak dikejarkan ke hospital selepas jambatan runtuh di Selatan Thailand

Image
Enam kanak-kanak dikejarkan ke hospital selepas jambatan runtuh di Selatan Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160552/ Semalam merupakan hari yang menakutkan bagi sekumpulan 50 murid darjah lima dan guru-guru dalam lawatan melihat alam semula jadi di Selatan Thailand. Ketika kumpulan itu berjalan melintasi sebuah jambatan di daerah Chian Yai di wilayah Nakhon Si Thammarat, jambatan itu runtuh, menyebabkan semua orang terjatuh ke dalam air. Enam kanak-kanak dikejarkan ke hospital berhampiran kerana mengalami kecederaan. Institusi Perubatan Kecemasan Kebangsaan telah dimaklumkan mengenai kejadian itu, dan unit operasi kecemasan peringkat tinggi bergegas ke tempat kejadian. Terdapat beberapa jambatan runtuh di seluruh Thailand tahun ini, sebahagian daripadanya telah telah mengorbankan nyawa. Awal bulan ini, jambatan pusingan U di atas Jalan Rama II menghala ke Bangkok runtuh, jatuh ke atas empat kenderaan dan mengorbankan dua orang. Seorang penumpang maut di tempat kejadian dan