Posts

Showing posts with the label Jabatan Pendaftar Pertubuhan

RoS lulus pindaan perlembagaan UMNO

Image
RoS lulus pindaan perlembagaan UMNO Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160188/ Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti tidak lebih dari enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU). Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, perkara itu dimaklumkan menerusi sepucuk surat yang diterima beliau pada petang ini. Menurut beliau, surat itu memaklumkan RoS meluluskan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO dengan kelulusan itu berkuat kuasa hari ini. “RoS bersetuju kepada pindaan perlembagaan UMNO agar pemilihan di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat).  “RoS juga meminta agar satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal Pilihan Raya Umum Parlimen. Ini bermakna pemilihan UMNO untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas PRU-15 diadakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. S