Posts

Showing posts with the label Jemaah Haji

[VIDEO] Pesawat Yaman dibom Laknatullah Israel dijadualkan membawa jemaah haji ke Jeddah

Image
Data penerbangan yang baru disahkan mendedahkan bahawa pesawat Yemeni Airlines yang musnah dalam serangan udara Israel pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa merupakan pesawat awam yang dijadualkan membawa jemaah haji ke Jeddah. Pesawat Airbus A320-233 itu tiba dari Amman dan sedang bersedia untuk mengendalikan sebahagian daripada siri rancangan penerbangan dua kali sehari bagi jemaah haji Yaman selama sembilan hari berikutnya. Serangan yang menghentam kedua-dua landasan dan pesawat terakhir yang beroperasi di ibu negara Yaman itu kini dilihat telah mengganggu secara langsung perjalanan haji puluhan orang awam. Pengarah lapangan terbang, Khaled al-Shaif, menyifatkannya sebagai sasaran sengaja terhadap koridor kemanusiaan. BACA seterusnya di: https://t.co/IHFMlMZcOa Pesawat Yemeni Airlines yang musnah dalam serangan udara Israel pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa merupakan pesawat awam yang dijadualkan membawa jemaah haji ke Jeddah. pic.twitter.com/Bvcs11NATr —...

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Image
Hujan membasahi Kaabah selepas subuh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348 MEKAH – Ratusan ribu jemaah di Masjidilharam bergembira apabila hujan turun membasahi bumi mekah selepas solat subuh pagi tadi. Difahamkan, kali terakhir hujan turun di Tanah Suci ialah pada Februari lalu. Ketika ini cuaca panas melanda Mekah hingga mencecah 40 darjah Celsius. Terdahulu bunyi guruh mula kedengaran berdentum pada awal pagi sebelum azan subuh berkumandang pada pukul 4.12 pagi waktu tempatan. Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. Seorang jemaah, Mohd. Anuar Othman, 51, berkata, hujan mula turun renyai-renyai sebelum subuh sekitar pukul 3.20 pagi sebelum lebat selepas subuh. “Ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke hotel. Hujan itu sejuk dan ia sangat mendamaikan,” katanya. @ulekmayang.com Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj...