Posts

Showing posts with the label Rawang

🎦 Kren tumbang: Kerja pemulihan giat dilaksanakan di landasan Stesen Rawang - KTMB

Image
🎦 Kren tumbang: Kerja pemulihan giat dilaksanakan di landasan Stesen Rawang - KTMB BACA seterusnya: https://pakdin.my/174209 RAWANG: Kerja-kerja pemulihan di landasan stesen kereta api Rawang yang terjejas susulan kejadian sebuah kren untuk pembinaan projek parkir bertingkat tumbang petang semalam, sedang giat dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh 24 jam. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata kerja-kerja pembaikan itu melibatkan pemasangan semula kabel yang terputus, penggantian komponen rosak dan proses pengujian bekalan elektrik kepada alat talian atas. "Berikutan insiden ini, kedua-dua landasan tidak selamat untuk beroperasi dan nilai untuk membaiki kerosakan pada alat talian atas masih sedang dinilai sehingga kerja-kerja baik pulih diselesaikan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini. Mohd Rani berkata kejadian kren tumbang itu berlaku pada 5.33 petang di landasan kereta api Kilome

Tiga rumah flat di Rawang terbakar

Image
Tiga rumah flat di Rawang terbakar https://huluselangor.com/?p=767410 RAWANG: Kebakaran di Blok 4 Bukit Rawang Jaya di sini, awal pagi tadi memusnahkan tiga rumah flat. Kebakaran pada jam 3.55 (10/12/2023) pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa. Menurut kenyataan Pasukan Gerakan Operasi (PGO)  Selangor,  operasi pemadaman membabitkan seramai 28 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba serta Penyelamat Bukit Sentosa dan Selayang. “Berdasarkan laporan awal, semasa sampai di lokasi didapati kebakaran melibatkan rumah flat empat tingkat yang terbakar di tingkat empat dan melibatkan tiga buah rumah. “Peratus kebakaran rumah tengah adalah 100 peratus, rumah kiri 40 peratus manakala rumah kanan 20 peratus,” ujarnya dalam kenyataan. Katanya, api dapat dikawal kira-kira jam 4.23 pagi.