Piala ASEAN: Malaysia tersingkir selepas seri tanpa jaringan dengan Singapura
Malaysia telah tersingkir dari kempen Piala ASEAN 2024 selepas seri tanpa jaringan menentang Singapura pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember. Keputusan ini menyaksikan Singapura mengesahkan status sebagai naib juara kumpulan dan mengiringi juara bertahan Thailand ke pusingan kalah mati. Malaysia mempamerkan persembahan bertenaga di hadapan 31,127 penonton dan mendominasi permainan dengan serangan berbahaya ke pintu gawang Singapura. Namun, usaha mereka gagal menembusi gawang lawan yang tampil lebih bertahan. Peluang-peluang emas yang dimiliki oleh Stuart Wilkin dan Muhammad Haqimi Azim Rosli pada babak pertama tidak berjaya disempurnakan. Pada babak kedua, percubaan deras Endrick Dos Santos dan tandukan Muhammad Haqimi hampir membuahkan hasil, tetapi nasib tidak menyebelahi Malaysia. Tandukan penyerang gantian Paulo Josue dan Harith Haiqal Adam Afkar juga sekadar menggegar palang. Penjaga gol negara, Muhammad Haziq Nadzli, berjaya menyelam...