Posts

Showing posts with the label Pelacur

Tiga gadis terlibat pelacuran online dihukum penjara

Image
Tiga gadis terlibat pelacuran online dihukum penjara https://pakdin.my/174810/ BANDA ACEH –  Mahkamah Syariah Banda Aceh menjatuhkan hukuman penjara terhadap tiga orang gadis kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran online, lapor portal berita Prohaba.co hari ini. Majlis Kehakiman menjatuhkan hukuman itu setelah ketiga- tiga gadis tersebut yang masing-masing berumur  22, 23 dan 24 tahun didapati bersalah terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Ketiga-tiga mereka dijatuhi hukuman penjara lebih tiga tahun semalam berdasarkan undang-undang syariah yang dilaksanakan di Aceh. Mereka ditangkap pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel kira-kira pukul 10 malam (waktu tempatan).  Mereka ditangkap di sebuah hotel di kawasan Ulee Kareng oleh anggota-anggota polis Banda Aceh yang melakukan penyamaran. Hakim memerintahkan supaya ketiga-tiga gadis berkenaan tetap ditahan sehingga mereka habis menjalani hukuman penjara.

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Image
Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734 Polis mendakwa seorang pekerja seks Thailand selepas seorang lelaki Thai berusia 70 tahun ditemui mati di sebuah hotel di wilayah Nakhon Si Thammarat di bahagian selatan Thailand. Pegawai dari Balai Polis Tung Yai dimaklumkan mengenai kematian lelaki itu kira-kira jam 10 malam tadi dan segera bergegas untuk menyiasat tempat kejadian bersama-sama sukarelawan dari Pasukan Penyelamat Pu-in Tung Yai. Seorang kakitangan hotel menunjukkan mereka ke bilik di mana kejadian itu berlaku dan pegawai menemui mayat lelaki berusia 70 tahun bernama Chang di atas katil. Chang berbogel hanya dibaluti tuala di pergelangan tangannya manakala mukanya sudah menjadi gelap. Tiada kesan luka dikesan di badannya. Beg silang birunya diletakkan di atas meja berhampiran katil. Buku dan wang tunai kira-kira 1,000 baht ditemui di dalam beg itu. Motosikalnya masih diparkir di hadap...

13 ditahan terbabit kegiatan pelacuran

Image
13 ditahan terbabit kegiatan pelacuran Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157437 - Polis menahan tujuh lelaki dan enam wanita yang disyaki terbabit dengan kegiatan pelacuran dalam serbuan di sebuah premis di ibu negara, semalam. Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, berkata premis itu dipercayai dijadikan sebagai pusat pelacuran wanita warga asing. Beliau berkata, dalam serbuan itu polis menahan enam lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia, selain enam wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 50-an. "Polis turut merampas 130 kondom, pelincir, tuala, tisu basah, fail jadual kerja, fail cuci rambut, dua unit telefon bimbit dan wang tunai RM340. "Kes disiasat mengikut Seksyen 373/372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, orang ramai yang mahu menyalurkan maklumat berkaitan perilaku jenayah di sekitar ibu negara ...

Polis serbu premis jadi sarang pelacur

Image
Polis serbu premis jadi sarang pelacur  - [ https://pakdin.my/155053 ] Polis menyerbu sebuah premis di Taman Miharja, Cheras di sini yang menjalankan kegiatan pelacuran dengan menahan sembilan individu malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 8 malam hasil maklumat dan risikan. Menurutnya, pemeriksaan kemudian menahan dua lelaki sebagai penjaga dan tujuh wanita warga asing yang menjalankan kegiatan pelacuran. "Ketika pemeriksaan terdapat empat lelaki dipercayai untuk mendapatkan khidmat wanita terbabit. "Polis kemudian merampas sebuah telefon bimbit, 19 keping kondom, tuala, jadual kerja dan wang tunai RM90," katanya dalam kenyataan hari ini. Habibi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372B/373 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta...