Posts

Showing posts with the label CCTV

[VIDEO] Polis kesan individu dipercayai lempar objek seperti bom

Image
[VIDEO] Polis kesan individu dipercayai lempar objek seperti bom BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164508 JOHOR BAHRU -- Polis sedang mengesan individu dipercayai melempar objek seperti bom di sebuah restoran di Jalan Abdul Samad di sini, dua hari lepas.  Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian Sabtu lepas itu disahkan berlaku pada 4.15 pagi susulan tular dua video dipercayai berkaitan insiden berkenaan di media sosial. Beliau berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 10 pagi semalam selepas anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu pada 5.27 pagi, Sabtu.  "Pengadu iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun memaklumkan telah mendengar bunyi letupan kuat sehingga beberapa cermin tingkap premisnya pecah. "Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di pagar premis tersebut dan kelihatan seorang individu keluar daripada kende

[VIDEO] Lelaki ditahan bertelekung curi beg jemaah wanita

Image
[VIDEO] Lelaki ditahan bertelekung curi beg jemaah wanita BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161232 Taktik seorang lelaki bertelekung untuk mencuri beg jemaah wanita di dua masjid di Shah Alam, Selangor terbongkar, selepas polis menerima dua laporan membabitkan kerugian kira-kira RM3,500. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Iqbal Ibrahim berkata, suspek dalam lingkungan 20-an itu menggunakan taktik sama memakai telekung putih memasuki ruangan jemaah wanita, ketika mangsa menunaikan solat berjemaah di masjid sekitar Seksyen 18 Shah Alam pada Selasa lalu. Beliau berkata, tindakan itu dikesan polis menerusi video tular hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan lelaki terbabit memasuki ruang solat wanita untuk mencuri. Dalam kejadian pertama, katanya, seorang wanita berusia 60 tahun kehilangan beg berisi pelbagai barangan berharga selepas menunaikan solat di Masjid Al-Azahariah pada 3.41 petang. “Dalam kejadian kedua, seorang jemaah wanita berusia 58 tahun menjadi mangsa kec

[VIDEO] 2 lelaki dicekup orang awam cuba ragut wanita ‘berbaju kelawar’

Image
[VIDEO] 2 lelaki dicekup orang awam cuba ragut wanita ‘berbaju kelawar’ BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160585/ Dua lelaki ditangkap orang awam kerana disyaki cuba meragut seorang wanita di Persiaran KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Ahad 21 Ogos 2022. Kejadian itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di Twitter, menunjukkan beberapa orang awam menyelamatkan seorang wanita “berbaju kelawar” yang cuba melawan selepas begnya diragut dua lelaki bermotosikal. Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya, berkata dua suspek yang masing-masing seorang lelaki tempatan dan warga asing berusia 32 dan 35 tahun itu, ditahan dalam kejadian 9:38 malam. “Kami turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, dua topi keledar serta serangkai kunci,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, dua lelaki itu direman lima hari mulai semalam hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 398 Kanun Keseksaan. https://www.instagram.com/tv/ChmO9TZAsV_/?utm_source=ig_web_copy_link

[Video] Mohon Kesan 2 Saspek Pecah Masuk Kedai

Image
[Video] Mohon Kesan 2 Saspek Pecah Masuk Kedai Sumber:  https://pakdin.my/158012 ..... Bantuan mengesan 2 lelaki dalam rakaman CCTV dibawah yang dikesan memecah masuk kedai di Pasar Mini Roziah, Felda Kg Bukit Bulat Machap, Alor Gajah, Melaka awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa mengalami kerugian wang tunai dan beberapa stok barangan kedai dalam nilai anggaran RM 10 ribu. Mohon sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat kedua-dua penjenayah jni diminta hubungi Balai Polis berdekatan agar saspek dapat diberkas secepat mungkin. 

[Video] Polis buru tiga lelaki kebas 10 beg simen bernilai RM185

Image
[Video] Polis buru tiga lelaki kebas 10 beg simen bernilai RM185 Sumber:  https://pakdin.my/157997  ... KOTA BHARU – Seorang peniaga menjual perkakasan rumah mengalami kerugian sebanyak RM185 selepas 10 beg simen yang diletakkan di hadapan premisnya di Kampung Parit Limbat, Pasir Tumboh di sini hari ini dikebas pencuri. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, pemeriksaan menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi tadi. Menurutnya, tiga orang lelaki yang terlibat dalam kecurian itu telah memunggah 10 beg simen ke dalam sebuah kereta jenis Proton Saga. “Pemilik premis itu yang berusia 25 tahun menyedari beg simen itu hilang semasa membuka perniagaannya kira-kira pukul 7 pagi tadi. “Beg simen yang hilang itu diletakkan di luar premis yang berhampiran dengan jalan raya. Siasatan mendapati, pemilik premis mengalami kerugian sebanyak RM185 selepas 10 beg simen itu dicuri,” katanya k