Posts

Showing posts with the label RTM

Azan Maghrib 4 minit awal, DJ Radio mohon maaf

Image
Azan Maghrib 4 minit awal, DJ Radio mohon maaf Sumber:  https://pakdin.my/158061  .... TAWAU: Gara-gara menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal, seorang penyampai stesen radio tempatan di sini, tampil memohon maaf susulan kesilapan teknikal itu. Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, penyampai radio terbabit menjelaskan berlaku kesilapan teknikal apabila azan Maghrib disiarkan dua kali iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang. "Saya, Mohd. Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan Maghrib disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang. "Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu," katanya sambil menjelaskan perkara itu disebabkan oleh kesilapan teknikal dan kesilapan dirinya sendiri. Sehubungan itu, beliau seca