Posts

Showing posts with the label Kereta

🎦 Dua kenderaan jatuh di lereng bukit, pemandu kereta rentung

Image
🎦 Dua kenderaan jatuh di lereng bukit, pemandu kereta rentung https://pakdin.my/168378/ JELEBU – Seorang maut, manakala seorang lagi parah apabila dua buah kenderaan termasuk lori jatuh ke lereng bukit kira-kira enam meter dalam kejadian di Bukit Tangga, berhampiran Jeram Toi, di sini, pagi tadi 26 September 2023. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pasukan bomba mendapat maklumat kejadian kira-kira pukul 9.26 pagi tadi membabitkan kemalangan sebuah kereta jenis Proton Persona dan sebuah lori. Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, lori tersebut dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Jelebu telah hilang kawalan lalu terbabas semasa menuruni bukit berhampiran Jeram Toi. “Lori berkenaan kemudiannya melanggar sebuah kereta menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut jatuh ke lereng bukit dengan ketinggian kira-kira 20 kaki (enam meter). Akibat perlanggaran tersebut, kereta terbakar 100 peratus. “Pemandu lori mengalami kecederaan parah di bahag

[VIDEO] Lima maut nahas kereta dan lori di Kampar awal pagi ini

Image
[VIDEO] Lima maut nahas kereta dan lori di Kampar awal pagi ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164605 KAMPAR: Seorang lagi mangsa kemalangan di kilometer 310.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Kampar, Perak meninggal dunia menjadikan angka korban nahas meningkat kepada lima orang mangsa yang maut terdiri daripada ibu bersama empat anaknya. Nahas berlaku selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang lori muatan tanah dalam kejadian jam 2 pagi tadi 16 Mei 2023. Kemalangan membabitkan Proton Saga dinaiki lima beranak itu merempuh bahagian belakang lori muatan tanah sebelum terbakar. Kebakaran bonet hadapan kereta itu sempat dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api. Bagaimanapun empat mangsa, Azriyani Abdul Latif 45 tahun serta tiga anaknya Muhammad Azib Nasaruddin 23 tahun, yang juga pemandu kereta, serta Siti Nur Aminah Nasaruddin 8 tahun dan Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin 5 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala seorang lagi anak mangsa, Muhammad Fawwaz N

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

Image
[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera BACA selanjutnya https://pakdin.my/161052 BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata seorang gabenor wilayah. Serangan berlaku waktu tengah hari di Narathiwat yang merupakan salah sebuah wilayah paling selatan di Thailand. Konflik tahap rendah membelenggu selatan Thai sejak 2004 yang membunuh lebih 7,000 orang selepas kumpulan-kumpulan pemisah melancarkan penentangan di rantau dengan penduduk majoriti beragama Islam itu kerana menuntut lebih banyak kuasa autonomi. Gabenor Narathiwat, Sanan Pongaksorn berkata, seorang suspek memandu sebuah kereta ke dalam kawasan fasiliti polis sebelum meninggalkan kenderaan itu. Sebutir bom meletup tidak lama kemudian selepas kereta suspek diparkir, katanya sambil menambah, polis sedang memeriksa rakaman sistem televisyen litar tertutup untuk mengenal pasti suspek dan menyiasat moti

Dua pemandu cedera kereta bertembung

Image
Dua pemandu cedera kereta bertembung BACA seterusnya di https://pakdin.my/160669/ HULU SELANGOR – Seorang lelaki parah selepas kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah kenderaan lain di kilometer 41 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Antaragapi dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kemalangan berlaku sekitar pukul 9 pagi melibatkan dua buah kenderaan iaitu Toyota Vios dan Proton Persona. “Kejadian dipercayai berlaku ketika Proton Persona yang dipandu seorang anggota polis berpangkat Koperal dalam perjalanan dari Gombak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor manakala Toyota Vios pula dari Kuala Kubu Bharu menghala Serendah. “Pemandu Proton Persona berusia 37 tahun cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan Toyota Vios yang datang dari arah bertentangan,” katanya. Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan pemandu Toyota Vios berusia 25 tahun mengalami kecederaan parah di kaki dan dikej

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

Image
  [VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler maklumat lanjut di: https://pakdin.my/160368 SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Yariz terlanggar belakang sebuah treler.

[VIDEO] 4 maut kereta bertembung trele[VIDEO] 4 maut kereta bertembung treler

Image
[VIDEO] 4 maut kereta bertembung treler Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159554 KUCHING: Empat sekeluarga maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan treler berdekatan simpang Roban, di Saratok, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.53 pagi. Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerah ke lokasi yang terletak lapan kilometer dari balai sejurus menerima panggilan itu. "Setibanya di lokasi didapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dengan treler. "Empat orang yang berada di dalam kereta tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurutnya lagi, semua mangsa dipercayai sekeluarga iaitu lelaki berusia 30 tahun, wanita berusia 28 tahun, serta dua kanak-kanak lelaki berusia empat dan satu tahun. "Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan kh

[Video] Kereta terbabas di Pantai Bersih, Bagan Ajam

Image
[Video] Kereta terbabas di Pantai Bersih, Bagan Ajam Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159162   BAGAN AJAM: Sebuah kereta terbabas dan terbalik didalam air di tepi Pantai Bersih depan Flat Bagan Ajam Pulau Pinang petang tadi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

[Video] Lima mangsa rentung disahkan pelajar USAS

Image
[Video] Lima mangsa rentung disahkan pelajar USAS.  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/58421      Mangsa adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, berasal dari Chukai Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak. Dalam kejadian tengah malam tadi (11/5/2022), lima rentung apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan dua treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, selepas Terowong Menora, di sini. KUALA KANGSAR: Lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini, rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLIUS) arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, tengah malam tadi. Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, berasal dari Chu

[Video] Kereta terbakar dan mengundur di Genting Highlands cetus panik

Image
[Video] Kereta terbakar dan mengundur di Genting Highlands cetus panik Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158407    Begitulah detik mencemaskan yang dilalui sebahagian pengguna jalan raya apabila sebuah kereta terbakar di jalan menghala ke Genting Highlands, Pahang. Menerusi video yang kini tular di media sosial, sebuah kereta jenis Hyundai Elantra terbakar. Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @kas_man88_tks pada Isnin merakamkan orang awam memadamkan kebakaran menggunakan pemadam api. Lebih mencemaskan apabila kereta yang terbakar itu secara tiba-tiba mengundur ke belakang menuruni bukit. Suasana panik itu membuatkan pengguna jalan raya cuba bergerak bagi mengelakkan terkena kereta berkenaan. Kereta warna putih yang terbakar itu kemudian berhenti selepas melanggar sebuah kenderaan lain jenis Toyota Vellfire. Video kedua dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @ren.pmx, yang dirakamkan daripada pandangan atas, dipercayai dari kereta kabel untuk ke pusat peranginan itu. Menerus

[Video] Kereta terbakar ketika isi minyak di Petronas Rantau Panjang

Image
[Video] Kereta terbakar ketika isi minyak di Petronas Rantau Panjang Kejadian berlaku kira-kira jam 8.35 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa. Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156967 - RANTAU PANJANG - Sebuah kereta jenis Perodua Kancil tiba-tiba terbakar ketika sedang diisi minyak di sebuah stesen minyak di sini pada pagi Isnin. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, turut terbakar seunit pam minyak yang digunakan untuk mengisi bahan api kereta berkenaan. “Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 8.36 pagi dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang bergegas ke lokasi. “Setibanya di lokasi mendapati sebuah kereta Perodua Kancil sedang terbakar,” katanya. Ujarnya, kerja memadam api dilakukan dengan menggunakan dua unit hos daripada satu jentera dan api dapat dikawal pada jam 8.43 pagi. “Siasatan mendapati kereta terbakar sehingga 50 peratus manakala pem