Posts

Showing posts with the label Ragut

[VIDEO] Polis buru suspek ragut di Bukit Sentosa

Image
[VIDEO] Polis buru suspek ragut di Bukit Sentosa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163983 HULU SELANGOR: Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian ragut di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor yang tular di media sosial, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya mengesan hantaran gambar dan video di laman Facebook jam 3 petang semalam. Katanya, polis menerima laporan berhubung kes ini pada jam 10.30 pagi kelmarin. "Hantaran itu memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal meragut rantai leher seorang wanita berusia 39 tahun ketika mahu masuk ke pasar raya. "Suspek dipercayai warga tempatan manakala mangsa juga warga tempatan dan bekerja di sebuah kilang. https://youtu.be/ZzUdGOMx1ug "Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK)," katanya dalam kenyataan hari ini. Ahmad Faizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ke

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

Image
[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160798 KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal di hadapan sebuah kedai runcit di Setapak Jaya, Selasa minggu lalu. Kelmarin, polis mengesan sebuah video yang dimuat naik oleh @nanmanjoi di Twitter memaparkan insiden ragut tersebut sekitar pukul 11.50 pagi. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, laporan telah dibuat mangsa minggu lepas dan kini dalam proses mengesan suspek. “Mangsa ketika itu sedang berhenti di tepi jalan untuk membeli makanan di kawasan tersebut sebelum sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC meluru ke arahnya dari hadapan dan terus meragut rantai leher yang dipakai mangsa. “Siasatan awal mendapati suspek ketika kejadian memakai topi keledar warna merah dan baju lengan panjang warna gelap,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. https://youtu.be/_WtN

[VIDEO] 2 lelaki dicekup orang awam cuba ragut wanita ‘berbaju kelawar’

Image
[VIDEO] 2 lelaki dicekup orang awam cuba ragut wanita ‘berbaju kelawar’ BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160585/ Dua lelaki ditangkap orang awam kerana disyaki cuba meragut seorang wanita di Persiaran KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Ahad 21 Ogos 2022. Kejadian itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di Twitter, menunjukkan beberapa orang awam menyelamatkan seorang wanita “berbaju kelawar” yang cuba melawan selepas begnya diragut dua lelaki bermotosikal. Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya, berkata dua suspek yang masing-masing seorang lelaki tempatan dan warga asing berusia 32 dan 35 tahun itu, ditahan dalam kejadian 9:38 malam. “Kami turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, dua topi keledar serta serangkai kunci,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, dua lelaki itu direman lima hari mulai semalam hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 398 Kanun Keseksaan. https://www.instagram.com/tv/ChmO9TZAsV_/?utm_source=ig_web_copy_link