Posts

Showing posts with the label Baju Dalam

🎦 Lelaki bertopi keledar dirakam curi baju dalam wanita

Image
🎦 Lelaki bertopi keledar dirakam curi baju dalam wanita BACA seterusnya: https://pakdin.my/174263 KUALA LANGAT – Seorang lelaki bertopi keledar kini diburu selepas aksinya tular mencuri pakaian dalam di sebuah rumah di Banting di sini, kelmarin. Kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi 55 saat dengan suspek berseluar pendek memanjat tembok rumah tersebut sebelum melakukan jenayahnya. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.50 pagi dengan laporan diterima daripada seorang wanita berusia 32 tahun. Katanya, suspek dikatakan telah mencuri sepasang kasut dan sehelai baju dalam. “Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan. “Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini. Jelas beliau, orang ramai yang mempunyai sebaran