Posts

Showing posts with the label Azalina Othman Said

[VIDEO] Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di mahkamah rayuan Paris

Image
[VIDEO] Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di mahkamah rayuan Paris BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165710 Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.   Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusan itu bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan. “Mahkamah Rayuan Paris juga mendapati penimbang tara (Stampa) telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya. “Keputusan ini juga, yang muktamad serta mengikat, adalah satu kemenangan yang nyata buat Malaysia dalam perjuangannya untuk mendapatkan remedi dari segi perundangan dan Malaysia yakin penuntut serta pembiaya mereka akan kalah,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.  Beliau berkata Malaysia perc

[VIDEO] Pengampunan kepada Najib budi bicara Agong - Azalina

Image
[VIDEO] Pengampunan kepada Najib budi bicara Agong - Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163410 Permohonan pengampunan diraja bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melibatkan aspek perundangan sebaliknya terletak sepenuhnya kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. “Tiada lagi aspek perundangan... dia punya prosedur perundangan sudah tidak ada, sekarang adalah budi bicara Agong, jadi kita pun tak boleh paksa-paksa…. biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan, atau mahu kaji... kita orang (UMNO) dah tak terlibat,” katanya. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bahawa UMNO tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib. Haniff sebelum ini dilapork

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Image
[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1 Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan sekumpulan individu mendakwa waris Sultan Sulu berhubung pertikaian dengan kerajaan Malaysia berkaitan bayaran pajakan ke atas Sabah. Kumpulan itu mahu mencabar keputusan mahkamah lebih rendah sebelum ini yang membatalkan pelantikan seorang penimbang tara untuk mendengar pertikaian itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata Putrajaya baru menerima pengesahan rasmi mengenai keputusan Mahkamah Perlembagaan itu. Pada Feb 2022, sebuah mahkamah timbang tara Perancis mengarahkan Putrajaya membayar pampasan USD14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris Sultan Sulu. Penimbang tara Gonzalo Stampa memutuskan bahawa Malaysia melanggar perjanjian 1878 antara kesultanan Sulu di Filipina dengan wakil Syarikat British Borneo Utara yang mentadbir Sabah ketika itu. VIDEO berkaitan: Azalina b

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Image
Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1 Mahkamah di Luxembourg telah memutuskan untuk menarik balik perintah sekatan (saisie arrêt) yang dimohon oleh individu yang mendakwa sebagai 'waris' kumpulan Sulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Refomasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Dalam satu kenyataan hari ini, Azalina berkata pada 24 Jan lepas, Mahkamah Daerah Luxembourg telah mengetepikan perintah sekatan yang dipohon kumpulan itu pada 11 Julai tahun lepas (2022). Beliau berkata perintah sekatan itu dibuat berasaskan kononnya Keputusan Muktamad (Final Award) dan Keputusan Awal (Preliminary Award) yang didakwa dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Dr Gondoza Stampa, masing-masing pada 28 Feb dan 25 Mei tahun lepas serta Perintah Exequatur secara ex parte pada 18 Mei 2022, yang mengiktiraf keputusan di Luxembourg. Dr Stampa dilapo