Posts

Showing posts with the label Ikan Bilis
Image
Resipi terung sambal bilis memang kena dengan tekak Melayu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166186 ADA hari tertentu kita rasa seperti sudah buntu mahu masak apa untuk makan di rumah. Bagi yang masih tercari-cari hidangan mudah (simple) dan senang, boleh cuba resipi terung masak sambal berlada bilis ini. Bukan sahaja kena dengan 'tekak Melayu', malah hidangan ini sudah memadai sekiranya dimakan bersama nasi putih panas-panas dan kicap. Bahan-bahan: 1. Terung 2. Cili padi 3. Bawang merah 4. Bawang putih 5. Cili merah 6. Ikan bilis 7. Air asam jawa 8. Garam dan gula Cara-caranya: 1. Goreng terung yang dipotong sehingga layu menggunakan minyak masak yang banyak. 2. Goreng pula ikan bilis secara berasingan. 3. Kisar 'kasar' cili padi, cili merah, bawang putih dan bawang merah sebelum ditumis. 4. Selepas bahan tumis garing, masukkan terung dan ikan bilis yang telah digoreng. 5. Masukkan sedikit perahan asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 6. Gaul semua bahan selama t

[Video] Ikan bilis, sardin penuhi pantai

Image
[Video] Ikan bilis, sardin penuhi pantai  BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/155187 SANTIAGO: Ribuan ikan bilis dan sardin ditemui mati tanpa diketahui puncanya di sebuah pantai di Coliumo, Biobio di Chile. Penemuan ribuan spesies ikan itu mengundang tanda tanya dalam kalangan penduduk tempatan. Pegawai alam sekitar kini sedang menyiasat punca sebenar fenomena pelik itu lapor media tempatan pada Sabtu. Difahamkan, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terhadap kualiti air di wilayah berkenaan. Beberapa foto yang dirakam pada Ahad menunjukkan pantai bertukar menjadi warna perak kerana dipenuhi bangkai ikan. Kerja pembersihan bangkai ikan juga kini sedang giat dijalankan.