Posts

Showing posts with the label Ketua Hakim
Image
[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara - Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1 Laporan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berkata SPRM, memaklumkan perkara itu kepada beliau menerusi surat bertarikh 21 Feb 2023. Bagaimanapun katanya, tiada maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, dimaklumkan dalam surat itu. Beliau berkata perkara itu tertakluk kepada keputusan Ketua Hakim Negara selaras dengan Fasal-Fasal 3 dan 3A Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Fasal 3 Perkara 145, Peguam Negara atau Pendakwa Raya mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan apa-apa prosiding bagi kes

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Image
Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022 BACA seterusnya disini:  https://pakdin.my/160510/ Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum ini. Laporan polis dibuat oleh Seorang individu mengenai tularnya satu laman facebook yang dioercayai suami kepada Ketua Hakim Negara. Antara yang panas hari ini: 1) Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri daripada mewakili Najib jika penangguhan prosiding tidak dibenarkan. Beliau sebelum itu sekali lagi merayu supaya diberikan masa yang wajar untuk mengkaji dan melakukan persiapan sebelum mengemukakan hujahan rayuan. "Ini akan menyedihkan buat saya kerana saya tidak pernah melakukan perkara ini sepanjang 45 tahun berkhidmat sebagai peguam," katanya. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum ini yang menolak permohonan Najib untuk menangg