Posts

Showing posts with the label MCMC

Pembantu kedai didenda RM14,000 buat, mulakan kandungan video lucah

Image
  SEPANG -- Seorang pembantu kedai pakaian didenda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang bersifat lucah menerusi akaun Twitter miliknya, tiga tahun lepas. Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan hukuman denda RM7,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Siti Amiza Baharuddin, 28, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara enam bulan bagi setiap pertuduhan, jika gagal membayar denda. Sebelum menjatuhkan hukuman hakim menasihati Siti Amiza agar insaf dengan perbuatannya dan menjadikan ia sebagai pengajaran. "Orang Kena Saman melakukan komunikasi untuk tujuan komersial namun cara kamu buat sifatnya tidak kena dengan kesopanan masyarakat kita. "Jadi undang-undang dirangka sebegitu rupa untuk memelihara moral masyarakat kita dan supaya jangan ada komunikasi seperti ini," katanya. Terdahulu,...

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Image
[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk memantau hantaran berkisarkan naratif kaum dan agama yang dimainkan pemimpin politik di laman sosial untuk diambil tindakan. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata menurut laporan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), orang politik menggunakan isu agama dan perkauman menerusi laman sosial untuk kepentingan politik. “(Tindakan) ini mewujudkan perpecahan antara pengikut parti yang berbeza tetapi menjadi penganut agama yang sama. Saya harap KKD melalui MCMC harus memantau tulisan yang menjurus ke arah itu,” katanya dalam sidang media selepas sesi libat urus program Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bersama masyarakat, di sini hari ini. Media ha...