Posts

Showing posts with the label Kontena

[VIDEO] 12 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

Image
[VIDEO] 12 kontena terbakar di Pelabuhan Barat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165720 KLANG: Sebanyak 12 kontena berisi pelbagai barangan musnah dalam kebakaran di Pelabuhan Barat, Pulau Indah semalam 6 Jun 2023. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 5.37 petang. Katanya, sepasukan 34 pegawai dan anggota bersama jentera dari 10 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi kejadian. BBP terbabit adalah Pelabuhan Barat, Andalas, Kota Anggerik, Petaling Jaya, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Puchong, Subang, Serdang dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). "Laporan awal, kebakaran membabitkan lapan unit kontena yang disusun secara empat tingkat. https://youtube.com/shorts/UKx6IFnaHKM?feature=share "Hingga jam 9.30 malam tadi, 12 unit kontena dengan lapan muatan telah dikenal pasti iaitu alat ganti, alatan muzik, kapas, baby walker, minyak pelincir, ...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

Image
[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160373/ KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pada 3 Ogos 2022 jam 13:00. Insiden sekitar pukul 1 petang itu menyebabkan kesesakan trafik lebih tiga kilometer apabila laluan ke selatan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, laluan ke selatan terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan mengalihkan kenderaan dijalankan. Katanya, semua kenderaan arah selatan dilencongkan keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar melalui Sungai Siput untuk ke Ipoh. “Keadaan lori kontena yang melintang jalan menyebabkan laluan arah selatan terpaksa ditutup sepenuhnya bagi kerja-kerja pengalihan. “Anggota polis ditempatkan di lokasi kejadian bagi memb...

(Video) Letupan depoh kontena: Wartawan, bomba antara yang terbunuh

Image
(Video) Letupan depoh kontena: Wartawan, bomba antara yang terbunuh Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159228   CHITTAGONG, BANGLADESH: Angka kematian akibat kebakaran dan letupan di depoh kontena, di sini meningkat kepada 34 orang pada Ahad (5/6/2022). Jumlah itu dijangka terus meningkat berikutan lebih 300 mangsa cedera. Ketua doktor di wilayah itu, Elias Chowdhury memberi, AFP, ketika pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran, lebih 300 cedera. "Mereka termasuk beberapa wartawan, yang melakukan siaran langsung (mengenai insiden) di Facebook, yang belum diketahui jumlahnya," katanya. "Terdapat beberapa mayat di dalam kawasan yang terbakar. Saya nampak ada lapan atau 10 mayat," kata seorang sukarelawan kepada wartawan. Mereka yang cedera termasuk sekurang-kurangnya 40 anggota bomba dan 10 pegawai polis, kata Ketua Polis Wilayah Chittagong Anwar Hossain kepada AFP. Sekurang-kurangnya lima anggota bomba yang terbunuh. "Angka korban dijangka terus menin...

[Video] Kontena jatuh dari jejambat hempap lori

Image
[Video] Kontena jatuh dari jejambat hempap lori Sumber:  https://pakdin.my/158079 ... PELABUHAN KLANG: Pemandu lori nyaris maut selepas lori yang dipandunya dihempap kontena yang terjatuh dari jejambat berdekatan susur keluar ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), hari ini. Difahamkan, ketika kejadian mangsa berusia 49 tahun dalam perjalanan ke Pulau Indah, dekat sini, sebelum kontena yang membawa muatan kotak kitar semula jatuh dan terkena bahagian hadapan lori yang dipandunya. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 1.17 tengah hari dan sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja bergegas ke lokasi. "Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kontena terjatuh dari atas jejambat yang dianggarkan setinggi 40 kaki (12 meter) dan menghalang laluan ke Pulau Indah. "Difahamkan, ketika kejadian, terdapat dua lori kontena melalui jalan ...