Posts

Showing posts with the label Penganpunang

[VIDEO] Pengampunan kepada Najib budi bicara Agong - Azalina

Image
[VIDEO] Pengampunan kepada Najib budi bicara Agong - Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163410 Permohonan pengampunan diraja bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melibatkan aspek perundangan sebaliknya terletak sepenuhnya kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. “Tiada lagi aspek perundangan... dia punya prosedur perundangan sudah tidak ada, sekarang adalah budi bicara Agong, jadi kita pun tak boleh paksa-paksa…. biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan, atau mahu kaji... kita orang (UMNO) dah tak terlibat,” katanya. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bahawa UMNO tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib. Haniff sebelum ini dilapork