Posts

Showing posts with the label Ugut

Inkues Zara Qairina: Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi

Image
KOTA KINABALU -- Polis telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun di Semporna pagi ini, 7 September 2025 kerana disyaki mengugut pakar patologi yang terlibat dalam inkues Zara Qairina Mahathir. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata tangkapan dilakukan kira-kira 7 pagi di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna. Beliau berkata, pada Jumaat lepas polis menerima laporan mengenai kenyataan di laman Facebook yang mengandungi ugutan jenayah terhadap pakar patologi Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Dr Jessie Hiu. “Hasil semakan awal ke atas sebuah telefon bimbit jenama Redmi yang dirampas mendapati suspek adalah pemilik akaun Facebook ‘Amung Kamaruddin’ yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap pakar patologi terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Jauteh berkata kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Beliau menasihatkan orang ramai supaya menggunakan media so...

[VIDEO] Lelaki tunjal kepala pemandu wanita direman tiga hari

Image
[VIDEO] Lelaki tunjal kepala pemandu wanita direman tiga hari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165730 TAPAH – Lelaki yang dipercayai mengasari seorang pemandu wanita dalam insiden berhampiran pusat rekreasi dekat Lata Iskandar di sini semalam, direman tiga hari bermula hari ini. Perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap suspek berusia 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Hanum Mohmad Shah di Mahkamah Majistret Tapah di sini. Siti Hanum membenarkan permohonan pihak polis untuk menahan reman lelaki yang bekerja sebagai penyelia kilang di Serdang, Selangor itu sehingga Jumaat ini. Reman terhadap lelaki itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan. Terdahulu, lelaki yang diiringi pegawai polis dan memakai baju lokap berwarna ungu itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Tapah pada pukul 8.35 pagi. Menerusi rakaman video tular berdurasi 59 saat, seorang lelaki dipercayai suspek dilihat turun dari kereta Proton P...

[Video] #PRNJohor: Ahli politik ugut PDRM kini disiasat

Image
[Video] #PRNJohor: Ahli politik ugut PDRM kini disiasat  - baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155413 BATU PAHAT - Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa mengugut pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya mengesan klip video berdurasi 1 minit 22 saat itu tular di Facebook pada Isnin. “Dalam video tersebut, penceramah telah meminta melanjutkan tempoh masa berkempen, namun tidak dibenarkan. “Kemudian penceramah tersebut telah mengeluarkan ungkapan ‘Bila kita jadi kerajaan balik, korang tahulah nanti’ dalam bahasa Cina,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Beliau berkata, siasatan awal mendapati ceramah yang diadakan di bilik gerakan sebuah parti di Yong Peng, Batu Pahat itu bermula jam 8.30 malam berakhir pada jam 10 malam. Tambahnya, ceramah berkenaan mempunyai permit polis dan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semas...

Lelaki ditahan cabul, ugut sebar video teman wanita

Image
  Lelaki ditahan cabul, ugut sebar video teman wanita [Sumber: https://pakdin.my/?p=154766 ] KLANG - Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai mencabul dan mengugut untuk menyebarkan video lucah teman wanitanya yang dikenali menerusi Instagram. Suspek berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.40 malam di Jalan Kapar, Klang pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 16 tahun itu berkenalan dengan suspek ketika berada di rumah neneknya di Klang pada Mei 2021. Menurutnya, mangsa mula menjalinkan hubungan sehingga 9 Februari lalu dan sepanjang tempoh itu mangsa telah dipaksa membuat panggilan video dalam keadaan berbogel. "Mangsa juga mendakwa suspek sering menyentuh badannya setiap kali bertemu. "Tidak tahan dengan sikap suspek, mangsa mahu memutuskan hubungan mereka, namun dihalang oleh suspek dengan mengugut untuk menyebarkan gambar dan video lucah mangsa," katanya. Katanya, su...