Posts

Showing posts with the label Bergu Campuran

Tang Jie-Ee Wei tersekat di peringkat kumpulan

Image
Tang Jie-Ee Wei tersekat di peringkat kumpulan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174305 Langkah beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2023 di Hangzhou, China tersekat di peringkat kumpulan selepas tewas pada aksi terakhir Kumpulan A sebentar tadi. Pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Sukan Olimpik Hangzhou itu, Tang Jie-Ee Wei dipaksa bermandi peluh sebelum tewas 21-18, 18-21, 14-21 kepada beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, sekali gus menghuni kedudukan tercorot kumpulan. Tang Jie-Ee Wei yang melakukan penampilan sulung pada kejohanan tersebut bermula langkah kanan apabila menampilkan aksi cukup baik sebelum memastikan kemenangan 21-18 biarpun ditentang hebat pemain lawan. Tersentak dengan kekalahan awal, Dechapol-Sapsiree yang merupakan bekas gandingan No.1 dunia mula memperkemaskan permainan dan berjaya menjarakkan diri 12-8 sebelum Tang Jie-Ee Wei menyamakan kedudukan 12-12. Bagaimanap

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Image
Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907 Impian beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, untuk meraih gelaran pertama di pentas final Kejohanan Terbuka Switzerland di Basel tidak kesampaian, selepas tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.  Selepas menamatkan cabaran di kedudukan kedua pada kejohanan sama pada edisi lepas, Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya dengan kemenangan 21-17, 19-21, 21-17 dalam tempoh 60 minit di St. Jakobshalle. Pada set pertama, Soon Huat-Shevon yang berada pada kedudukan ke-11 dunia tampak bertenaga untuk memberi saingan sengit kepada pasangan China itu, namun tidak dapat menandingi kehebatan mereka apabila ditundukkan 17-21. Pasangan Malaysia itu yang memulakan set kedua dengan perlahan apabila ketinggalan 14-16 kembali memperkemas