Posts

Showing posts with the label Sultan Sulu

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Image
[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/   Mahkamah di Luxembourg yang bersidang Selasa lalu membuat keputusan memihak kepada kerajaan Malaysia atas dakwaan seorang individu yang mendakwa sebagai ‘waris’ kepada Sultan Sulu. Mahkamah berkenaan juga telah mengetepikan perintah penahanan yang telah dipohon oleh individu berkenaan yang bertindak sebagai penuntut di Luxembourg pada 11 Januari 2022. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, perintah penahanan yang telah diketepikan itu telah dipohon berasaskan dua award timbang tara yang dikatakan dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Dr. Stampa yang dikatakan telah memberikan award kepada penuntut sebanyak AS$14.92 bilion. Katanya, kerajaan Malaysia telah membantah secara konsisten prosiding timbang tara yang dikatakan itu, yang telah dirancang oleh penuntut. “Mal...

Waris kesultanan Sulu rampas dua aset Petronas di Azerbaijan

Image
Waris kesultanan Sulu rampas dua aset Petronas di Azerbaijan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159590 Aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia, demikian menurut laporan Financial Times. Peguam pihak yang menuntut, dilaporkan merampas aset Petronas yang didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.87 bilion). Peguam berkenaan berkata, bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka. Langkah itu yang pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang dikemukakan pada 2017 oleh waris Kesultanan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa dipajak nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878. Pada Mac lalu, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa Malaysia, yang mewaris...