Posts

Showing posts with the label IPD

[VIDEO] Tahanan lari dari IPD Dang Wangi diberkas semula selepas 4 jam

Image
[VIDEO] Tahanan lari dari IPD Dang Wangi diberkas semula selepas 4 jam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166476 KUALA LUMPUR -Tindakan seorang tahanan lelaki melarikan diri dari tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pagi semalam berjaya diberkas semula dalam tempoh empat jam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tahanan berusia 45 tahun itu melarikan diri sekitar pukul 9.40 pagi semasa hendak dibawa menaiki lori polis. Katanya, ketika itu kenderaan tersebut dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, bagi proses pertuduhan berkaitan kes Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952. “Bagaimanapun, suspek terbabit diberkas sekitar pukul 1.50 tengah hari di Jinjang. “Bayangkan di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur ini adalah amat sukar untuk kita (polis) mengesan dan menangkap semula suspek ini namun berbekalkan kelebihan yang ada, suspek dapat ditahan dalam tempoh empat jam selepas dia melarikan diri,” katanya ketika dit

[VIDEO] Anggota polis maut ketika ke IPD Hulu Selangor

Image
[VIDEO] Anggota polis maut ketika ke IPD Hulu Selangor BACA seterusnya di https://pakdin.my/160647/ HULU SELANGOR – Seorang anggota polis maut akibat kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor dalam kejadian sekitar Kampung Dato’ Harun, Serendah awal pagi 30 Ogos 2022. Difahamkan, mangsa, Konstabel Syaiful Aizuddin Abd Halim merupakan anggota kawad kawalan kehormatan pada Majlis Serah Terima Tugas antara Superintendan Suffian Abdullah menggantikan Asisten Komisioner Arsad Kamaruddin sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Selangor. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang turut hadir pada majlis itu menzahirkan takziah dan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah memaklumkan Allahyarham bertugas di Balai Polis Bukit Sentosa dan telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama tiga tahun. “Saya dan seluruh warga IPD Hulu Selangor menzah

[Video] Pejabat Pentadbiran Jenayah IPD Sepang terbakar

Image
[Video] Pejabat Pentadbiran Jenayah IPD Sepang terbakar Selanjutnya:  https://pakdin.my/157460 - SEPANG - Pejabat Pentadbiran Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang musnah dalam kebakaran pada Selasa. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.15 petang. "Sepasukan 12 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa. Menurutnya, kejadian membabitkan sebuah bilik di tingkat satu berkeluasan 4.57 meter (m) x 4.57m yang terbakar 80 peratus. "Kebakaran dapat dikawal dan kerja-kerja pemadaman lanjut sedang berjalan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan punca kebak