Posts

Showing posts with the label TLDM

[VIDEO] TLDM siasat kejadian bot tempur berlanggar semasa demonstrasi

Image
[VIDEO] TLDM siasat kejadian bot tempur berlanggar semasa demonstrasi BACA seterusnya di: https//pakdin.my/161356 LUMUT: Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terlanggar kapal TLDM semasa demonstrasi manuvra sempena Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22) di Jeti Pangkalan TLDM Lumut, semalam 30 Disember 2022. Jurucakap Markas Pemerintahan Armada Barat berkata, bot tempur terbabit hilang kawalan sebelum terlanggar Kapal Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah semasa melaksanakan demonstrasi manuvra bagi memintas bot mencurigakan. Katanya, insiden itu mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1 meter (m) manakala bot tempur terbabit kemek di bahagian haluan. "Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan akibat insiden itu dan ia tidak menjejaskan perjalanan HTA22 yang akan diteruskan mengikut atur cara ditetapkan. "Lembaga Siasatan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini. https://youtu.be/Dg1GD8rzz

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

Image
Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160423/ SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot penyeludup yang cuba memasuki Malaysia karam di perairan Selangor awal pagi ini (8 Ogos 2022).  Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Kepten V. Siva Kumar berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan perkara itu daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada kira-kira pukul 2.23 pagi. "Bot Perkasa 36 APMM Selangor, bot Tentera Laut Diraja Malaysia bersama bot Pasukan Polis Marin diatur gerak ke lokasi untuk operasi menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.  "Semua 35 pendatang asing tanpa izin yang terdiri daripada 28 lelaki dan tujuh wanita berumur dalam lingkungan 22 hingga 51 tahun, berjaya dipindahkan ke aset penguat kuasa dari kapal tangki MV NCC Najem, bers