Posts

Showing posts with the label Perikatan Nasional

[VIDEO] Perkukuh parti masing-masing untuk peroleh sokongan pengundi - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Perkukuh parti masing-masing untuk peroleh sokongan pengundi - Ahmad Zahid BACA seterusnya di https://pakdin.my/165244 Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu memperkukuhkan parti masing-masing bagi memperoleh sokongan daripada ahli serta pengundi-pengundi yang bukan ahli, kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri mengingatkan parti-parti komponen di bawah BN iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) agar terus memperkasa parti masing-masing sebagai teras di dalam BN. "Yang penting adalah kerjasama dengan semua parti di dalam 'outfit' BN, itu prinsip yang pertama namun realiti politik baru di dalam Kerajaan Perpaduan, kita harus menyantuni keberadaan parti-parti dari kolaborasi ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Semicon Asia Tenggara 2023 di sini hari ini. "Terdapat 19 parti yang berada di dalamnya. Saya tidak mahu mana-mana parti berkecil hati bila kita bekerjasama...

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

Image
Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dijangka mendakwa Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini berhubung kes Inisiatif Jana Wibawa. Difahamkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu telah ditahan selepas beliau hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya malam tadi. Seorang lagi individu yang bakal didakwa bersama atas pertuduhan yang sama adalah seorang ahli perniagaan dan juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat, Adam Radlan Adam Muhammad. Dalam pada itu, SPRM tanpa menamakan pemimpin politik itu telah mengeluarkan makluman kepada media untuk membuat liputan tentang pendakwaan ke atas dua individu berkait Jana Wibawa pukul 9 ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. VIDEO berkaitan: Sebelum itu, SPRM telah membekukan akaun parti Bersatu sebagai membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada...

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Image
[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514 Soalan diajukan oleh Putrajaya kepada Kota Melaka mengenai sentimen pengundi, kononnya apabila PH bergabung dengan BN maka ia seperti tidak menghormati semangat anti lompat parti.  First of all, aku cuma nak kata Radzi Jidin ni tak bijak. Nak fokus sentimen pengundi tapi sudahnya semangat anti lompat parti pulak jadi point. Pening betul mantan Menteri Pendidikan yang tak perform ni.  Bila kena bidas dengan jawapan padu dan simple, terkial-kial kata itu bukan maksud dia. Hampas!  Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk.  Pertikaian Nasional sikit punya sombong especially Mahiaddin sendiri cakap dah sign tapi tulis tidak bersetuju bila YDP Agong cadangkan untuk wujudkan Kerajaan Perpaduan.  Nah! Sampai hari ni Pertikaian Nasional meroyan.. Kes...

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

Image
[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung siasatan ke atas kewangan parti itu. SPRM yang mengesahkan perkara itu kepada New Straits Times berkata, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan bekas Perdana Menteri, akan dipanggil dalam tempoh terdekat. "Muhyiddin akan dipanggil bagi dirakam kenyataan mengenai dakwaan RM300 juta yang diterima parti terbabit sebagai dana politik daripada kontraktor yang dianugerahkan projek ketika pentadbirannya," katanya. Sumber terbabit turut mengesahkan dua akaun bank milik BERSATU dengan jumlah baki RM40 juta sudah dibekukan suruhanjaya berkenaan. VIDEO berkaitan: https://youtube.com/shorts/qE7iOV57bbw Katanya, beberapa pemimpin BERSATU juga sudah dipanggil untuk direkod kenyataan, termasuk bendahari parti terbabit. "Hasil pemeriksaan menunju...

Geng Broker baru keluar gua

Image
Geng Broker baru keluar gua BACA seterusnya di https://pakdin.my/161290/ Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar dari gua. Secara kebetulan, Nazri dan Tajuddin adalah antara tokoh dalam UMNO yang paling dibenci oleh orang ramai kerana keangkuhan dan kelakuan biadab mereka. Nampaknya geng broker geng dah mula mengarut lagi. ....... Vdeo berkaitan:

Umno panggil mesyuarat khas MKT malam ini

Image
Umno panggil mesyuarat khas MKT malam ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160947/ Satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Umno akan diadakan pada malam ini (Isnin 10 Oktober 2022), kata sumber kanan parti. “Agenda mesyuarat masih belum diketahui. Kemungkinan perbincangan mengenai tarikh pilihan raya umum ke-15,” kata sumber. Sebelum ini terdapat desas desus Parlimen akan dibubarkan seminggu lagi bagi membolehkan PRU15 diadakan. Pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno menerima tekanan daripada partinya sendiri untuk segera membubarkan Parlimen, namun pembangkan membantah PRU15 diadakan tahun ini atas alasan musim banjir, masalah ekonomi serta pandemik Covid-19. Satu lagi topik yang mungkin dibincangkan esok dipercayai pendirian Umno terhadap kerjasama dengan PAS untuk PRU15. Pada Selasa lalu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, PAS perlu memilih Umno atau Perikatan...

Ranking daya saing Malaysia jatuh kerana lockdown separuh masak kerajaan PN – Najib

Image
Ranking daya saing Malaysia jatuh kerana lockdown separuh masak kerajaan PN – Najib Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159374    Ranking daya saing Malaysia jatuh ke kedudukan paling corot sejak lebih 14 tahun lalu. Guan Eng salahkan PM pula. Tapi ini adalah ranking bagi tahun lepas di mana negara kita di bawah lockdown separuh masak dengan tempoh antara paling panjang di dunia ketika kerajaan PN memerintah. Jika Guan Eng nak cari salah pun, carilah juga Menteri kanan Ekonomi merangkap menteri MITI, menteri ekonomi, menteri kewangan serta pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri - iaitu semua yang berkaitan langsung dengan keadaan ekonomi negara. Paling aneh ialah Guan Eng kata PM gagal tapi dia juga yang signing MOU untuk sokong PM yang gagal. Kamu kata gagal tapi kamu sokong gagal? Kenapa ya, Guan Eng? Facebook Najib Razak: https://web.facebook.com/najibrazak/posts/593001085524167

Keluar Sarawak atau lupakan saja bentuk kerajaan seterusnya, PN diberitahu

Image
Keluar Sarawak atau lupakan saja bentuk kerajaan seterusnya, PN diberitahu    Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158359     Perikatan Nasional (PN) perlu menarik diri dari Sarawak sekiranya ia menaruh sebarang harapan untuk membentuk kerajaan persekutuan seterusnya, kata penganalisis politik. Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata, jelas bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dominan tidak berhasrat untuk menyerahkan mana-mana kerusi di negeri itu kepada mana-mana parti berasaskan persekutuan pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang. PN pimpinan Bersatu mempunyai dua ahli Parlimen dari Sarawak, iaitu Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo) yang berpaling tadah daripada PKR. Persoalan timbul mengenai masa depan mereka dengan GPS untuk bertanding di kerusi yang mereka wakili. “Tiada siapa boleh membentuk kerajaan persekutuan secara sendirian. Malah Barisan Nasional (BN) yang dominan seperti sekarang memerlukan rakan kongsi, terutama...

Tidak Aneh Jika Ada Yang Percaya Kesahihan Pasleaks

Image
Tidak Aneh Jika Ada Yang Percaya Kesahihan Pasleaks  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158285   .. SATU demi satu pimpinan Perikatan Nasional (PN) menggambarkan bahawa tidak wajar atau tidak logik untuk sesiapa melayan kemungkinan bahawa dokumen Pasleaks adalah sahih dan benar. Ramai yang namakan ia dokumen sampah. Ada juga yang menggelar sesiapa yang melayan isu ini sebagai “loyar buruk”. Seolah-olah kalau percaya maka orangnya tak waras. Sedangkan tiada yang aneh dan mengejutkan jika ramai dalam kalangan UMNO yang tertanya. Kerana apa yang digambarkan melalui perbincangan-perbincangan yang didakwa berlaku dalam ‘Pasleaks’ itu seakan konsisten dengan pelbagai tindakan terhadap UMNO selama ini. CUBA CAMPURTANGAN DALAM UMNO. Cuba mengajar dan mengarah UMNO apa yang ia perlu buat, dengan siapa ia mesti bekerjasama dengan siapa ia tak boleh bekerjasama. Cuba pecah-belahkan UMNO dengan adu domba. Ini semua sudah berlangsung lama dan nyata dalam tindakan dan kenyataan pimpina...

#PASleak: Ada Konspirasi Antara Pemimpin Politik, Peguam Negara Dan Ketua Hakim? – Shahrir

Image
#PASleak: Ada Konspirasi Antara Pemimpin Politik, Peguam Negara Dan Ketua Hakim? – Shahrir Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158250   ... Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad mempersoal kandungan penyebaran dokumen yang didakwa sebagai ‘strategi PAS’. Katanya, ini kerana terdapat satu perenggan di salah sebuah muka surat tersebut menyebut bahawa terdapat konspirasi di antara pemimpin politik serta badan undang-undang dan kehakiman negara. “Kalau betul apa yang terdedah itu adalah pendapat ‘TSMY’, maka ianya membayangkan sudah berlakunya satu konspirasi dan pakatan haram antara pemimpin politik dengan peguam negara (AG) dan hakim negara (CJ). “Jika betul, sudah berlaku kerosakan sistem kehakiman negara. Pendedahan laporan risikan politik PAS ini sudah lama berlaku. ‘TSMY’ ada dipetik inginkan perbicaraan disegerakan. AG, seperti biasa, diam seperti… (gunakan apa sahaja perkataan yang sesuai tapi jangan tuliskannya). “CJ? Dulupun dah buat laporan polis tapi um...

Minit mesyuarat jatuhkan BN bocor: Zahid lapor polis

Image
Minit mesyuarat jatuhkan BN bocor: Zahid lapor polis Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158244 ... Ahmad Zahid Hamidi akan membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan berhubung penularan dokumen didakwa mempunyai unsur campur tangan terhadap pertuduhan di mahkamah yang sedang dihadapi oleh presiden Umno itu. Menurut peguam ahli Parlimen Bagan Datuk itu, Hisyam Teh Poh Teik, pihaknya terkejut dengan kandungan dokumen dibocorkan di media sosial yang antaranya menyebut “perlu ada campur tangan segera dalam kes mahkamah agar mempercepatkan jatuh hukum”. Katanya, frasa itu jelas merujuk kepada pertuduhan di mahkamah yang sedang dihadapi bekas timbalan perdana menteri itu. Zahid berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. “Laporan polis akan dibuat dan kami meminta pihak yang relevan membuat siasatan menyeluruh sama ada wujud cubaan menimbulkan syak terhadap integriti proses kehakiman,” katanya dalam kenyataan. Ahad lalu, beberapa...
Image
Minit mesyuarat bocor: Serah kepada rakyat, ahli UMNO buat penilaian.   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158240 ...  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada rakyat dan ahli UMNO untuk menilai sendiri berkenaan dokumen minit mesyuarat atau digelar PasLeak yang tular di media sosial pada Selasa. Menurutnya, laporan itu memetik kenyataan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara bersetuju membantu mempercepat kes dan menjatuhkan hukuman melibatkan kes mahkamah beliau dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Kalau betul apa yang terdedah itu adalah pendapat Muhyiddin, maka ia membayangkan sudah berlakunya satu konspirasi dan pakatan haram antara pemimpin politik dengan AG (Peguam Negara) dan CJ (Ketua Hakim Negara). “Kalau betul, sudah berlaku kerosakan sistem 'judiciary' (badan kehakiman) dan kehakiman negara. “Saya berserah hanya kepada ALLAH SWT, tiada daya dan keku...

Muhyiddin gesa ahli PPBM mula ‘berkempen’ untuk PRU15 dari sekarang

Image
Muhyiddin gesa ahli PPBM mula ‘berkempen’ untuk PRU15 dari sekarang Sumber:  https://pakdin.my/157570 - Presiden PPBM Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli partinya disaran supaya bersedia dan tidak menunggu sehingga hari penamaan calon untuk berkempen supaya mendapat liputan seluas mungkin, ketika cakap-cakap mengenai pembubaran Parlimen hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Muhyiddin berkata, saranan ini berdasarkan pengalaman beliau ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, apabila tidak berkesempatan untuk mengunjungi seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  disebabkan keterbatasan waktu. Beliau yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN), turut menggesa semua ahli sama ada yang mempunyai jawatan dalam kerajaan atau tidak, supaya berkempen bersama bagi menguatkan jentera pilihan raya gabungan itu. “Bercakap tentang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jangan tunggu bila dah hari penamaan calon baru kita nak berkempan,” katanya semasa sesi tem...

Dana negara 'dijarah', gagal menambah hasil negara ketika pemerintahan PH, PN kata Najib

Image
Dana negara 'dijarah', gagal menambah hasil negara ketika pemerintahan PH, PN kata Najib Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/?p=155627 -  Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan dana negara sehingga RM600 bilion tanpa mempunyai sebarang perancangan untuk menambah pendapatan negara. Bekas Perdana Menteri ke-6 itu turut mendakwa, rizab Petronas, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dan Khazanah Negara telah berkurangan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). “Kerajaan berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar untuk memulihkan semula tabung-tabung negara setelah kerosakan teruk ditinggalkan PH dan PN. Ahli Parlimen Pagoh (Muhyiddin) bukan tidak tahu keadaan kewangan negara sedangkan beliau menjawat jawatan menteri kanan dalam PH dan kemudian menjadi Perdana Menteri dalam PN. “Sebenarnya, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Ahli ...

i-Citra: PM tidak benarkan kerana 'sokongan bersyarat' PN kata Najib

Image
i-Citra: PM tidak benarkan kerana 'sokongan bersyarat' PN kata Najib [Sumber: https://pakdin.my/?p=154796] Saya gembira melihat Ketua Penerangan PN telah mengulang sokongan terhadap pengeluaran terakhir KWSP RM10k bagi pencarum pendeposit hari ini. Tapi dia tidak patut dan ianya tidak adil untuk salahkan PM9 sahaja ataupun berasa hairan walaupun permintaan ini memang antara keputusan MKT UMNO semasa kami sokong Ismail Sabri menjadi PM. Setahu saya, isu i-Citra RM10k ini telah di bawa ke mesyuarat kabinet PM9 untuk dibincang tetapi telah dibantah oleh beberapa menteri-menteri PPBM, Menteri Kewangan yang dilantik PPBM dan parti-parti lain. Sebab itu, ianya tidak berjaya diluluskan oleh kabinet sebab sokongan pada PM9 dari PN adalah bersayarat. Memandangkan PN telah pun kata sokongan bagi PM9 adalah bersyarat dan dia memang calon PN sebagai Perdana Menteri maka saya harap Ketua Penerangan PN akan suruh menteri-menteri PN yang pernah membantah sebelum ini untuk U-turn dan sokong pe...