Posts

Showing posts with the label Senggarang

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

Image
[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160490/ BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui selamat hanya kira-kira 1.4 Kilometer dari rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang di sini. Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, selepas lima hari usaha pencarian dilakukan akhirnya wanita berkenaan, Painah Siwan,79, ditemui pada pukul 11.25 pagi tadi. Katanya, wanita berkenaan yang ditemui berhampiran lopak air dalam keadaan lemah oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 900 meter dari Pusat kawalan operasi. “Turut ditemui bersama wanita berkenaan adalah sepasang selipar dan secekak lidi daun kelapa sawit yang sudah siap diraut. “Wanita itu kemudiannya di rujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk pemeriksaan kesihatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya melalui ken