Posts

Showing posts with the label PBB

[VIDEO] Sibu dibadai ribut, PBB beri kanopi baharu untuk peniaga bazar Ramadan – Dr Annuar

Image
[VIDEO] Sibu dibadai ribut, PBB beri kanopi baharu untuk peniaga bazar Ramadan – Dr Annuar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163187 SIBU, 6 April: Peniaga bazar Ramadan yang ‘berputih mata’ susulan ribut di sini petang semalam memusnahkan tapak jualan mereka akan menerima bantuan kanopi baharu hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata bantuan tersebut akan diserahkan beliau bersama Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada petang ini. “Esok sebelum petang (hari ini) saya dan Pemuda PBB akan turun padang bagi menggantikan kanopi yang baharu kepada peniaga bazar Ramadan di Dataran Fasa 2 Tun Tuanku Haji Bujang,” katanya. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat itu berkata demikian menerusi satu hantaran video di Facebook rasminya, pada Rabu. “Pemuda PBB mempunyai stok kanopi yang disimpan untuk disumbangkan kepada para peniaga di sini,” ujarnya. https://youtu.be/NpTDFRaj5Hw Namun sekiranya stok kanopi yang disimpan i

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

Image
65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160787 NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Amerika Syarikat. Beliau ialah Tun Dr Ismail Abdul Rahman, utusan Malaysia pertama ke AS dan wakil kepada PBB. Berbaju Melayu tradisional dan menyelit keris, Tun Dr Ismail membanggakan negara apabila menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung PBB pada 17 September 1957, kurang sebulan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Beliau tegas mahu menggunakan keris walaupun dilarang berbuat demikian kerana sebarang senjata tidak dibenarkan dibawa masuk dalam persidangan. Beliau berucap menggunakan Bahasa Melayu dan berpakaian tradisional untuk memertabatkan budaya dan bahasa Melayu bukan kerana tidak fasih berbahasa Inggeris. Kebanyakan yang mendapat pendidikan di zaman kolonial fasih berbaha