Posts

Showing posts with the label Melaka Tengah

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Image
 MELAKA: Dua beradik wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan gaduh gempar di sebuah wad di Hospital Melaka pada Januari lalu, dipercayai berpunca daripada isu menjaga bapa yang sedang nazak. Tertuduh, Normala Othman, 47, dan Julaiha Othman, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Uthman Abd. Ghani. Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama melakukan gaduh gempar dengan bergaduh di tempat awam iaitu di Wad 42, Katil 2A, Hospital Melaka dalam daerah Melaka Tengah pada pukul 2.50 petang, 19 Januari 2025. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Difahamkan, insiden itu tercetus susulan pertikaian berhubung penjagaan bapa mereka yang berada dalam keadaan nazak sebelum dilaporkan meninggal dunia pada 20 Januari lalu. Ti...

[Video] 70 rumah di Melaka dilanda ribut

Image
[Video] 70 rumah di Melaka dilanda ribut -  https://pakdin.my/155129   - Melaka: "Ketika itu saya hanya mampu laungkan azan bagi menenangkan ahli keluarga yang ketakutan selepas bumbung rumah diterbangkan angin," kata Rahmat Alus, 51, antara mangsa yang terjejas akibat ribut di Kampung Belimbing Dalam. Kediaman, Rahmat antara 70 rumah di dua daerah di negeri ini yang terjejas ekoran cuaca hujan lebat dan ribut, lewat petang Isnin. Kawasan yang terjejas antaranya di Batu Berendam dan Krubong di daerah Melaka Tengah dan Durian Tunggal, Alor Gajah. Menurutnya, ketika kejadian dia bersama lima ahli keluarga termasuk ibu berusia 81 tahun dan anak saudaranya berada di rumah sebelum bumbung bahagian belakang dan bilik diterbangkan angin kira-kira 50 meter ke rumah jiran. "Sebaik bumbung diterbangkan angin kami sekeluarga terus bergegas keluar rumah dan berlindung di bahagian depan rumah sambil berpelukan. "Keadaan ketika itu amat cemas selain anak saudara menangis tidak he...