Posts

Showing posts with the label Telekom Malaysia

TM keluar notis penamatan berhubung perolehan SSA KE ATAS kepentingan dalam DNB

Image
TM keluar notis penamatan berhubung perolehan SSA KE ATAS kepentingan dalam DNB Telekom Malaysia Bhd (TM) telah mengeluarkan notis penamatan kepada Digital Nasional Bhd (DNB), berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan terma perjanjian langganan saham (SSA) untuk melanggan 20 peratus kepentingan ekuiti dalam DNB.  Ini berikutan tarikh lanjutan untuk memenuhi semua syarat duluan (CP) di bawah SSA telah luput, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.  Penamatan SSA itu dijangka tidak memberi kesan ketara ke atas pendapatan, aset bersih dan gearan Kumpulan TM bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.  "Pelanggan TM akan terus menikmati perkhidmatan dan penyelesaian 5G kerana perjanjian akses borong 5G dengan DNB kekal utuh," katanya. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/mfPwC4zYUJc Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, TM sedang menantikan proses serta perbincangan seterusnya dengan kerajaan termasuk industri mengenai penyertaan 5G merentasi Fasa 1 (ke arah 8

[VIDEO] Dua pengarah kanan syarikat ditahan bantu siasatan pembelian saham konsesi Menara KL

Image
[VIDEO] Dua pengarah kanan syarikat ditahan bantu siasatan pembelian saham konsesi Menara KL BACA seterusnya di https://pakdin.my/161594 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengarah kanan syarikat bergelar Datuk, bagi membantu siasatan berhubung pembelian saham dan pengambilalihan konsesi Syarikat Menara Kuala Lumpur (Menara KL). Sumber SPRM berkata kedua-dua individu berusia 49 dan 59 tahun itu merupakan orang tengah yang mengurus urusan suapan dan seorang pengarah urusan syarikat yang dikatakan mengambil alih saham Syarikat Menara KL, ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan. “Kedua-dua individu ini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan reman. “Disyaki pemilihan syarikat terbabit melibatkan permintaan wang rasuah berjumlah ratusan ribu dan seutas jam tangan mewah sebagai hadiah kepada ‘orang atasan’, bagi membantu pengambilalihan tersebut,” menurut sumber. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahka