Posts

Showing posts from September, 2022

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

Image
Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160832/ HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, sehingga hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung isu terbabit. “Kita telah mengesan sekeping surat bertajuk ‘Peringatan Penularan Kes Penculikan Murid sekolah’ bertarikh 27 September yang memberikan persepsi negatif kepada masyarakat khususnya di daerah ini. “Berdasarkan siasatan mendapati surat berkenaan telah dikeluarkan oleh guru besar Sekolah Rendah Agama Taman Bunga Raya kepada ibu bapa dan penjaga murid sekolah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, surat itu merupakan inisiatif pihak sekolah untuk memberi peringatan kepada ibu bapa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Just

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

Image
[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160828/ KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari ini. Reptilia seberat 80 kilogram dan berukuran enam meter itu berjaya ditangkap dengan bantuan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Firdaus Juritah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7:21 pagi. Beliau berkata, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi dan menemui reptilia terbabit yang tidak bergerak di dalam kandang kambing. “Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit menangkap ular tersebut menggunakan penjerut. Ular tersebut kemudiannya dilepaskan ke kawasan yang jauh daripada kawasan penempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.   View this post on Instagram A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamaluddi

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Image
Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160816/ Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai sedang membuat rondaan di daerah Mai Kaen dengan menaiki trak pikap apabila seorang yang disyaki pemberontak yang bersembunyi berhampiran meletupkan bom di hadapan Hospital Mai Kaen kira-kira jam 7.40 malam. Dalam letupan itu, trak pikap itu tercampak ke tiang elektrik. Kesemua lima anggota polis dikejarkan ke hospital Mae Kaen, di mana Sarjan Kanan Mejar Bari Baka disahkan meninggal dunia setibanya di hospital. Setakat ini, tiada kumpulan pemberontak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Bagaimanapun, serangan itu dipercayai dilancarkan oleh pemberontak kerana ia ditujukan kepada pegawai polis. Sejak keganasan muncul semula di Selatan Thailand pada tahun 2004, pemberonta

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Image
Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160812/ Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19 di Sekolah Rajaprarajanugroh 57 di wilayah tengah Phetchabun.  Apabila remaja itu membuat aduan kepada pengarah sekolah, dia mendakwa telah diminta untuk menerima pampasan, bersetuju hubungan seks itu secara suka sama suka, dan berpindah ke sekolah lain untuk melindungi reputasi sekolah. Tidak berpuas hati dengan sikap pengarah sekolah itu, ibu saudara remaja perempuan berusia 43 tahun itu melaporkan kejadian itu kepada media Thailand semalam. Ibu saudara mangsa mendedahkan bahawa pengarah sekolah meminta dia dan mangsa untuk bersetuju dengan penyelesaian dan berpindah ke sekolah lain untuk menjaga reputasi sekolah. Mangsa memaklumkan kepada media bahawa lima lagi pelajar perempuan turut diserang secara seksual tet

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Image
Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160808/ Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar menunjukkan kekalutan beliau untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangkakan tidak lama lagi. Rakyat sudah lama tahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpinnya sememangnya memusuhi BN dengan objektif menamatkan BN. Segala bicaranya mengenai kerjasama dengan BN sebelum ini cumalah hipokrasi yang nyata dan kian terserlah tatkala PRU-15 semakin menghampiri. Perlu difahami permulaan penubuhan PPBM dengan 'misi' untuk bergandingan dengan Pakatan Harapan (PH) bagi melenyapkan BN khususnya UMNO. Selepas gagal, PPBM mengubah taktikal mahu menguasai BN dalam usaha menyekat kebangkitan pemimpin UMNO yang permah mereka zalimi. Juga dengan sasaran BN akan berada d

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

Image
[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160803/ JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat, di sini, dalam usaha menangani isu banjir kilat di bandar raya berkenaan. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata antara kerja yang sedang dan akan dilaksana MBJB, termasuk menambah dua unit pam berkapasiti 25 kilowatt per jam (kWj) setiap satu di tiga lagi lokasi, iaitu kawasan Surau Tambatan, Restoran Malay Village dan Jalan Kampung Mohd Amin. “Selain itu, pembersihan sampah sarap di  perangkap sampah dan mendapan di dasar Sungai Chat serta menambah pembinaan tebatan di kawasan hulu, iaitu di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim dan kawasan pembangunan Pemaju Tanjung Nahkoda. “Saya telah melawat beberapa tempat di (kawasan) Johor Bahru dan Iskandar Puteri yang dilanda banjir (kilat) hari ini, serta telah meminta PBT m

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

Image
[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160798 KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal di hadapan sebuah kedai runcit di Setapak Jaya, Selasa minggu lalu. Kelmarin, polis mengesan sebuah video yang dimuat naik oleh @nanmanjoi di Twitter memaparkan insiden ragut tersebut sekitar pukul 11.50 pagi. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, laporan telah dibuat mangsa minggu lepas dan kini dalam proses mengesan suspek. “Mangsa ketika itu sedang berhenti di tepi jalan untuk membeli makanan di kawasan tersebut sebelum sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC meluru ke arahnya dari hadapan dan terus meragut rantai leher yang dipakai mangsa. “Siasatan awal mendapati suspek ketika kejadian memakai topi keledar warna merah dan baju lengan panjang warna gelap,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. https://youtu.be/_WtN

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

Image
[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160793/ BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September 2022. Ketua Kampung Parit Baru, Norlaili Pardi berkata, ketika kejadian dia kebetulan sudah berada berdekatan dengan jambatan berkenaan pada jam 11.00 pagi. "Sebelum kejadian saya membuat tinjauan di jambatan berkenaan kerana melihat keadaan air sungai agak tinggi dan dipenuhi rumput yang sangat tebal. "Namun tidak menyangka tragedi jambatan runtuh berkenaan betul-betul berlaku di depan mata saya sendiri," katanya ketika ditemui hari ini. Beliau berkata, ketika kejadian tiada pengguna jalan raya atau penduduk kampung melalui jambatan berkenaan. https://youtu.be/Iai2qPf9cjk "Sudah hampir empat bulan sungai berkenaan tidak diselenggara dan pihak pengurusan kampung juga sebelum ini mendesak pihak berwajib untuk melakukan pembersihan

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

Image
65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160787 NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Amerika Syarikat. Beliau ialah Tun Dr Ismail Abdul Rahman, utusan Malaysia pertama ke AS dan wakil kepada PBB. Berbaju Melayu tradisional dan menyelit keris, Tun Dr Ismail membanggakan negara apabila menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung PBB pada 17 September 1957, kurang sebulan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Beliau tegas mahu menggunakan keris walaupun dilarang berbuat demikian kerana sebarang senjata tidak dibenarkan dibawa masuk dalam persidangan. Beliau berucap menggunakan Bahasa Melayu dan berpakaian tradisional untuk memertabatkan budaya dan bahasa Melayu bukan kerana tidak fasih berbahasa Inggeris. Kebanyakan yang mendapat pendidikan di zaman kolonial fasih berbaha

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai - Hakim

Image
[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh  dipercayai - Hakim Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN). Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Presiden UMNO berkenaan. Pada 26 Jun 2019, Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem VLN. Bagaimanapun, pada 31 Julai 2019, mahkamah membenarkan permohonan Ahmad Zahid bagi memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan bersama-sama 33 lagi pertuduhan rasuah membabitkan VLN. Kesemua kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan bersama. Ahmad Zahid, 69, didakwa terhadap 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada syarikat UKSB

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

Image
[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/160777/ REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu mangsa Mohd Zaki Taib, 47, disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Beliau berkata, salah seorang anggota polis yang terlibat juga mengalami kecederaan parah dan berada di zon merah Hospital Melaka bagi menerima rawatan. “Kemalangan membabitkan sebuah van pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bharu Utara, sebuah lori dan dua lagi kenderaan lain yang mana van yang dinaiki tujuh anggota polis ini dalam perjalanan

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Image
[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160772 Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut telunjuk Anwar Ibrahim dengan mereka-cipta bukti palsu. Menurutnya, sepanjang menjadi peguam Azilah, tidak ada satu bukti yang sahih yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, namun Anwar tetap mendesaknya agar mereka-cipta bukti palsu untuk mengaitkannya. “Walaupun Anwar Ibrahim suruh saya, paksa saya ‘dapatkan itu’ dan isytihar kata Najib terlibat, saya kata saya tidak tergamak. “Ini kes tuduh orang bunuh tau. Saya tak dengar sendiri (dari mulut Azilah), malahan Azilah bersumpah, dia kata Datuk Seri Najib tidak tahu langsung, dia tak tahu langsung, tak ada kena meng

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

Image
[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160768/ MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19 September 2022. Sebelum itu, bapa mangsa menerima maklumat berhubung penemuan barangan milik anaknya, Tan Mei Ling, 15, di kawasan pantai berkenaan pagi tadi. Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, pihaknya menerima panggilan daripada bapa mangsa pada pukul 7.25 pagi yang memohon bantuan mencari dan menyelamat anaknya di pantai tersebut. “Lelaki itu mendapati barang kepunyaan anaknya seperti beg tangan, telefon bimbit dan sepasang kasut mangsa berada di tepi laut selepas panggilan telefon dijawab oleh orang awam di sekitar kawasan tersebut. “Pada pukul 11.19 pagi, pasukan penyelamat melakukan pencarian di sekitar kawasan persisiran pantai dan mayat mangsa dijumpai terapung kira-kira 100 meter dari Pusat

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu 'meletus'

Image
[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu 'meletus' BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160761/ KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena yang jarang berlaku itu tular di media sosial malam ini, dipercayai selepas dimuat naik oleh individu yang kebetulan berada berhampiran lokasi gunung berapi lumpur terbabit. Video fenomena itu kemudian dikongsi netizen di laman Facebook masing-masing dengan kebanyakan komen menyuarakan ketakjuban mereka terhadap fenomena berkenaan. Tidak kurang juga yang mengaitkan fenomena itu dengan kemungkinan berlaku gempa bumi memandangkan kejadian gegaran semula jadi sudah menjadi perkara biasa di Sabah terutama selepas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada 2015. Bagaimanapun, pakar geologi Sabah Prof Dr Felix Tongkul ketika dihubungi malam ini berkata, fenom

[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh

Image
[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160755/ TAIPEI: Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter yang menggegarkan tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan sebuah kedai serbaneka runtuh. Setakat ini, tiada laporan kecederaan atau kematian dibuat. USGS sebelum ini mengukur gempa itu sekuat 7.2 dengan kedalaman 10 kilometer. Agensi Meteorologi Jepun dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik memaklumkan, mereka sudah menarik balik amaran tersebut berikutan keadaan stabil. Media Taiwan melaporkan, sebuah premis perniagaan runtuh dan pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan empat mangsa yang terperangkap. Selain itu, tiga gerabak kereta api tergelincir dari landasan di stesen Dongli, timur Taiwan selepas gempa melanda, menyebabkan 20 penumpang diselamatkan dan tiada seorang pun mengalami kecederaan. Sebuah kenderaan turut rosak teruk selepas jambatan yang dilaluinya pecah kepada beberapa bahagian akiba

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Image
[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU BACA seterusnya https://pakdin.my/160748/ Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas, ‘top 5’ pun ada di sini, timbalan (Mohamad Hasan) ada di sini, semua ada di sini. Dalam waktu terdekat kita akan berjumpa untuk bincang (tarikh pilihan raya umum),” kata Ismail yang juga naib presiden Umno. Kata-kata Ismail kemudian mendapat sorakan Pemuda BN yang secara jelas mahukan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan segera. “Kalau beginilah semangatnya, sikit lagi…tak lama lagi,” sambung Ismail. Ismail bagaimanapun mengingatkan jentera Pemuda BN tidak terlalu gopoh mendesak PRU diadakan, agar “peristiwa hitam” pada PRU14 tidak berulang kali ini. “Yang penting apabila Parlimen dibubarkan dan PRU diadakan kita mesti menang, itu paling penting. Kalau PRU diadakan dan kita tak mampu, kita akan kembali seper

[VIDEO] "Sikit jer lagi" : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Image
"Sikit jer lagi" : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi? BACA seterusnya https://pakdin.my/160742/ Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji akan membubarkan parlimen dalam tempoh sedikit masa lagi. Yang pasti, ikrarnya itu pasti mampu bikin cempera menggelabah blok oposisi yang begitu berharap MOU dilanjutkan sebagai helah untuk mereka menyusun strategi sekaligus menyerang bertubi-tubi dakyah dan propaganda palsu terhadap UMNO-BN. Umum begitu maklum Pakatan Harapan sukar bangkit selepas dilabel "Kaki Kencing" ekoran siri-siri "Manifesto Scam" koalisi itu yang gagal dilaksana dan ini terbukti selepas mereka ditolak di tujuh PRK termasuk di tiga PRN - Melaka, Sarawak dan Johor! Dan bagi Perikatan Nasional (PN) pula, kegagalan serius mereka mengurus pandemik telah memberi kesan dan musibah besar ter

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Image
Soalan untuk Ketua Hakim Negara BACA seterusnya https://pakdin.my/160738/ Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak dijawab. Baiklah elok kita ulangi pertanyaan itu.  1. Betulkah permohonan Najib guna Peguam DiRaja dari UK ditolak kerana dia tidak fasih berbahasa Melayu. Apakah Dr Pornthip pakar patologi dari Thailand dalam kes Teoh Beng Hock fasih cakap Melayu? 2. Alasan permohonan Najib guna Peguam DiRaja dari UK ditolak kerana Peguam dari Malaysia cukup pakar. Tetap kenapa Jabatan Peguam Negara guna peguam swasta Gopal Seri Ram jadi pendakwa? Apakah negara tidak ada pendakwaraya yang pakar setelah 65 tahun merdeka? 3. Najib memohon Ketua Hakim Negara menarik diri kerana suaminya adalah penyokong pembangkang secara terbuka. Masalahnya kenapa Ketua Hakim Negara sendiri yang menjadi hakim sama ada dia perlu tarik diri atau tidak. Sudah pasti permohonan Najib ditolak. Cukup

[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam

Image
[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam BACA seterusnya https://pakdin.my/160732/ Kerana setiap rakyat (tidak kira apa warna politiknya) berhak mendapat keadilan secara saksama. Inilah UMNO-BN, koalisi politik berprinsip dan akan terus teguh mempertahan dan mendaulatkan undang-undang sebagaimana yang termaktub di dalam pillar Rukun Negara! AKAR UMBI BERDIRI TEGUH BERSAMA INSTITUSI PRESIDEN...

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

Image
[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160727/ KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini kelmarin. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati, suami kepada mangsa yang diculik berusia 36 tahun itu disyaki berselisih faham dengan ahli sebuah sindiket pengedaran dadah sama yang disertai lelaki itu. Menurutnya, keadaan tersebut dipercayai menjadi punca utama kepada penculikan mangsa yang kini dipercayai berada dalam keadaan selamat di Thailand. “Polis telah menjalankan operasi dalam kes itu sebelum menahan tiga suspek termasuk suami mangsa dan seorang wanita semasa mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat semalam. “Siasatan mendapati, suami mangsa yang berusia 36 tahun bekerja seba

[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : "Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!"

Image
[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : "Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160722/ Apapun kami percaya penganalisis sohor dari Universiti Malaya, Dr. Tawfik Yaakub ini menegur PAS dengan penuh kasih sayang walaupun nadanya keras. Jika melihat kepada siri-siri wawancara politiknya sebelum ini, jelas dia hanya mentafsirkan kegusarannya melihat parti politik orang Melayu yang terus berpecah menyebabkan undi Bumiputera Melayu terpilah-pilah menjadi habuan hidangan musuh politik! TIDAK HANYA MAHU AGAR PAS SEDAR, SEMOGA GENG LEBAI DAN WALAOON MOHON TERASA; ITU PUN JIKA SARAF UKHUWWAH MASIH BERFUNGSI DOMINAN MENJINAKKAN SARAF SERAKAH KUASA! Stay Tuned... #RapidResponseTeam Squad Siasat  Abata Sumber: https://web.facebook.com/100005964318997/videos/759457931794339/

[VIDEO] Bapa pelakon remaja direman lagi

Image
[VIDEO] Bapa pelakon remaja direman lagi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160713/ SHAH ALAM – Bapa kepada pelakon remaja perempuan kini direman sekali lagi selama empat hari bagi membantu siasatan memukul anaknya itu menggunakan penyangkut baju. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tempoh reman terhadap suspek berusia 43 tahun itu diperolehi selepas permohonan dilakukan di Mahkamah Majistret hari ini. “Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika ditemui selepas program townhall Polis Selangor di Dewan D’Cerana, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Difahamkan, pelakon remaja perempuan berusia 15 tahun itu membuat laporan polis pada 8 September lalu dengan perbuatan suspek memukul mangsa menggunakan penyangkut baju berlaku pada tahun 2014. Sebelum ini, suspek itu direman ditahan kira-kira pukul 2.25 petang pada 6 September lalu sebelum direman selama enam hari sehingga semalam di IPD Subang Jaya. https://youtu.be/Qam

[VIDEO] Lelaki mati lemas terjatuh Sungai Nerus

Image
[VIDEO] Lelaki mati lemas terjatuh Sungai Nerus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160707/ KUALA NERUS – Seorang penganggur maut akibat lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Nerus berhampiran Kampung Tebauk di sini hari ini. Mangsa, Rafiuddin Fakhri Rosdhi, 30, yang berasal dari Kampung Gong Kijang di sini dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu pada pukul 7:14 pagi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, seramai 14 anggota bomba telah bergegas ke lokasi akibat menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan. “Tiga anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kuala Terengganu telah ditugaskan untuk melakukan selaman di lokasi kejadian. “Operasi pencarian sedikit mencabar disebabkan keadaan dasar sungai yang agak keruh dan berselut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. Azmi berkata, mayat Rafiuddin Fakhri dijumpai pada kedalaman kira-kira 3.05 meter di dasar Sungai Nerus pasa pukul 10.42 pagi. Tambah beliau, mayat mangsa di

Wanita warga Indonesia rentung dalam kebakaran di Bintulu

Image
Wanita warga Indonesia rentung dalam kebakaran di Bintulu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160702/ Seorang pekerja wanita warga Indonesia rentung apabila bilik didiaminya di sebuah blok rumah pekerja di kilang papan lapis di Jalan Kemena, Bintulu, kira-kira 20 kilometer dari sini, terbakar awal pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata ketika kejadian, hanya wanita berusia 24 tahun itu berada di bilik berkenaan manakala dua rakan sebiliknya sedang bekerja. Beliau berkata 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian sejurus bomba menerima panggilan kebakaran pada 2.59 pagi. Kebakaran hanya melibatkan sebuah bilik nombor lima (daripada tujuh pintu) dan terbakar 100 peratus. Kebakaran berjaya dikawal pada 3.20 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 5.30 pagi," katanya dalam kenyataan. Menurut jurucakap itu, mayat wanita dikenali sebagai Dilla tersebut diserahkan kepada polis untuk tin

Helikopter hilang: Operasi mencari, menyelamat dilaksanakan - Wee Ka Siong

Image
Helikopter hilang: Operasi mencari, menyelamat dilaksanakan - Wee Ka Siong BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160694/ MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengesahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan bagi mengesan sebuah helikopter jenis Eurocopter yang terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Selangor pada tengah hari, Ahad Beliau berkata demikian susulan pemakluman oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) yang menjelaskan helikopter berkenaan sepatutnya mendarat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak pada jam 12.37 tengah hari selepas berlepas pada jam 11.37 pagi. Menurutnya, helikopter yang dimiliki oleh sebuah syarikat dikhuatiri hilang pada jam 12.16 tengah hari oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur di sebuah lokasi berhampiran Bidor, Perak. "Pihak CAAM akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai kejadian ini dan operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan di lokasi yang d

Zuraida dakwa 3 Ahli Parlimen, 2 ADUN mahu ‘lompat’ ke PBM

Image
Zuraida dakwa 3 Ahli Parlimen, 2 ADUN mahu ‘lompat’ ke PBM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160690/ Zuraida Kamaruddin mendakwa tiga Ahli Parlimen dan dua ADUN akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Presiden pengganti PBM itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kelima-lima wakil rakyat terbabit. “Ketika ini PBM ada empat Ahli Parlimen iaitu Ampang, Tebrau (Steven Choong Shiau Yoon), Julau (Larry Sng Wei Shien) dan Silam (Mohamaddin Ketapi). Ini bermakna ada tiga lagi (Ahli Parlimen) baharu akan sertai PBM. “Begitu juga dengan ADUN, buat masa ini PBM ada lima ADUN, iaitu tiga di Perak dan dua di Selangor. Jadi, akan ada dua lagi ADUN bakal sertai PBM,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang. Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat parti itu di Taman Daya, Johor Bahru, menurut Utusan Malaysia. Zuraida yang juga menteri perusahaan, perladangan dan komoditi berkata, PBM mempunyai lebih 40,000 ahli daripada 177 bahag

[VIDEO] Pasca Muktamar PAS :Jangan sampai diperguna politik palsu PPBM, tegur penganalisis

Image
[VIDEO] Pasca Muktamar PAS :Jangan sampai diperguna politik palsu PPBM, tegur penganalisis BACA seterusnya di https://pakdin.my/160684/ Ada benarnya kata-kata kritis Dr Tawfiq Yaakob ini, namun gerak politik PAS telah melangkau terlalu jauh untuk lebih memesrai PPBM sekaligus mengabaikan UMNO di Muafakat Nasional. Pelbagai label menghiris dilempar sehingga dilihat begitu gigih berusaha meminggirkan UMNO sebagai teras politik orang Melayu, seolah-olah cuba memenuhi tanggapan Muhyiddin Yassin dahulu bahawa UMNO telah mati tersungkur ke longkang! APAPUN BAGI SELURUH JEMAAH AHLI PAS DAN PARA SIMPATIS PARTI, PENILAIAN KALIAN TENTANG HALATUJU TERKINI WAJAR DIRENUNGI KEMBALI... Edisi Siasat https://web.facebook.com/100005964318997/videos/637770177968830/

[VIDEO] Baling banjir lagi

Image
[VIDEO] Baling banjir lagi BACA seterusnya di https://pakdin.my/160679/ Dua kawasan di Baling, Kedah dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang berterusan sejak jam 5 petang pada 6 September 2022i. Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kawasan terbabit adalah Taman Bayu Sejahtera dan kawasan jajaran Kampung Iboi sehingga ke Kampung Hangus. “Air di kawasan Taman Bayu Sejahtera telah surut pada jam 8 malam, namun di kawasan Kampung Iboi dan sekitarnya sehingga 9 malam, air masih mengalir deras dan dikhuatiri akan melanda beberapa kawasan di pekan Kupang. Tiada laporan diterima mengenai kehilangan ahli keluarga. Jambatan Bailey telah dinaiki air dan berlaku kerosakan struktur pada jambatan itu yang kini ditutup untuk semua kenderaan dan pejalan kaki,” katanya dalam satu kenyataan. Setakat ini, 120 mangsa di Kampung Padang Empang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Padang Empang. https://youtu.be/4OSfDW1_pYI

Kuasa menghukum, pengampunan tidak wajar diguna sewenangnya – Agong

Image
Kuasa menghukum, pengampunan tidak wajar diguna sewenangnya – Agong BACA seterusnya di https://pakdin.my/160673/ Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ianya bakal dipertanggungjawabkan kelak. Seri Paduka Baginda bertitah prinsip keadilan menurut Islam adalah menjunjung amanah Tuhan dan bukannya mewakili kuasa Tuhan. “Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil nescaya keadilan tidak akan tercapai kerana falsafah di sebalik penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda. “Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten akibatnya pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa maka titik permulaan menghalalkan penindasan dan kezaliman akan berlaku dalam sesuatu sistem pemerintahan,” titah baginda pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang di sini hari ini 5 September 2022. Menurut