[Video] Pusat hiburan tawar khidmat GRO sehingga RM1,000 diserbu
[Video] Pusat hiburan tawar khidmat GRO sehingga RM1,000 diserbu Sumber: https://pakdin.my/157587 - KUALA LUMPUR: Kegiatan sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, di sini, yang menawarkan khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO) dengan bayaran sehingga RM1,000 terbongkar menerusi serbuan Jabatan Imigresen (JIM), semalam. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya membuat serbuan di pusat hiburan itu kira-kira jam 10 malam tadi. "Dalam serbuan itu, kami memeriksa seramai 100 individu yang berada di dalam pusat hiburan berkenaan membabitkan 79 individu tempatan serta 21 warga asing. "Hasil pemeriksaan dilakukan, kami menahan 25 individu terdiri 21 wanita warga asing serta empat warga tempatan termasuk seorang wanita yang bekerja sebagai pengurus, juruwang serta penjaga premis. "Seramai 21 wanita warga asing yang ditahan itu membabitkan 19 warga Thailand serta dua warga Vietnam berusia antara 23 hingga 37 tahun yang dipercayai bekerja sebagai GRO...