Posts

Showing posts with the label BAM

Pearly-Thinaah tak fikir isu kontrak

Image
BEREGU wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah enggan mengulas lanjut mengenai status kontrak mereka bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sebaliknya mahu memberi tumpuan penuh kepada dua kejohanan penting dalam tempoh terdekat ini. Gandingan No. 4 dunia itu tidak mahu isu luar gelanggang mengganggu fokus mereka selepas terkandas di separuh akhir Malaysia Masters 2025 apabila tewas kepada pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian 16-21, 21-15, 14–21 dalam pertarungan sengit selama satu jam 15 minit. “Kami tiada komen mengenai kontrak buat masa ini. Masih ada dua kejohanan penting dalam tempoh dua minggu ini dan kami mahu beri sepenuh perhatian kepada persiapan,” kata Pearly. Pearly-Thinaah dijadual beraksi dalam Terbuka Singapura bermula 28 Mei ini, sebelum Terbuka Indonesia pada 3 hingga 8 Jun. Di pusingan pertama Terbuka Singapura, mereka bakal menentang pasangan No. 32 dunia dari Hong Kong, Liu Lok Lok-Tsang Hiu Yan dan dijangka bertemu gandingan No. 11 dunia dari Jepun, Yuki...

Misbun 'laris', terima lima tawaran dari luar negara

Image
Misbun 'laris', terima lima tawaran dari luar negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166745 Bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) Datuk Misbun Sidek, telah menerima sekurang-kurangnya lima tawaran dari luar negara setelah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), baru-baru ini. Tanpa mendedahkan senarai negara yang cuba memancingnya, Misbun berkata antara yang berminat mendapatkan khidmatnya itu dari negara jiran, manakala terdapat juga tawaran baginya untuk membimbing skuad senior. “Sebenarnya dari dulu lagi sudah ada (tawaran) malah dalam beberapa minggu lalu setelah mereka tahu saya telah diberhentikan, namun saya mahu rehat dahulu. “Kesemuanya bergantung kepada syarat tertentu yang saya letakkan, jika mereka setuju baru saya terima,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Misbun, yang memerlukan masa memikirkan tawaran diterimanya berkata buat masa ini, beliau akan memberi tumpuan terlebih dahulu dalam aspek ...