Posts

Showing posts with the label Runtuh
Image
🎦 Runtuhan gudang: 4 mangsa disyaki sudah tertimbus dalam simen BACA seterusnya di https://pakdin.my/173869 GEORGE TOWN – Empat buruh binaan warga Bangladesh yang belum ditemui sehingga 17 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di tapak pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas, sejak malam tadi dipercayai sudah tertimbus dalam lantai simen. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB), Zulfahmi Sutaji berkata, ini kerana faktor cuaca yang panas menyebabkan serpihan lantai simen berkenaan yang runtuh telah mengeras. ”Mangsa mungkin dalam konkrit yang telah mengeras kerana 12 jam telah berlalu, namun konkrit ini bukan dalam keadaan yang mampat. Semua konkrit yang dibancuh kira-kira pukul 9 malam semalam telah jatuh ke bawah pada ketinggian 18 meter. ”Mangsa-mangsa dipercayai berada di dalam kawasan seluas padang bola keranjang dan apabila keadaan tapak runtuhan telah selamat kita akan mulakan oper

🎦 Tiga cedera ringan siling Megah Rise Mall runtuh

Image
🎦 Tiga cedera ringan siling Megah Rise Mall runtuh BACA seterusnya di https://pakdin.my/169260 Pengunjung pusat beli-belah Megah Rise Mall di Petaling Jaya berdepan detik cemas apabila siling depan anjung runtuh dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, tiga individu cedera ringan. “Dukacita dimaklumkan bahawa siling anjung kereta di hadapan pintu masuk Megah Rise Mall runtuh ketika angin kencang dan hujan lebat, kira-kira pukul 3 petang, mengakibatkan tiga orang cedera ringan. “Kami sedang menyiasat punca kejadian dan mengambil tindakan segera untuk mengurus dan menangani keadaan itu," menurut pihak pengurusan Megah Rise Mall menerusi laman rasmi Facebooknya. Terdahulu, tular satu video berdurasi 37 saat di media sosial yang memaparkan sebahagian siling tersebut sedang jatuh. Kelihatan pengunjung menjerit ketakutan dan beberapa orang pengawal membantu orang ramai untuk keluar dari premis itu dan menuju ke kawasan yang lebih

🎦 Bangunan runtuh di Havana seorang terkorban, ramai lagi terperangkap

Image
🎦 Bangunan runtuh di Havana seorang terkorban, ramai lagi terperangkap BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168770/ HAVANA, Oct 4 (Reuters) - Sebuah bangunan runtuh sebahagiannya di ibu kota Cuba, Havana pada malam Selasa, sekurang-kurangnya seorang terkorban dan menyebabkan ua lagi terperangkap di bawah runtuhan, kata kerajaan perbandaran. Runtuhan di daerah pelancongan Old Havana memusnahkan bahagian dalam bangunan usang yang menempatkan 13 keluarga dan 54 orang. Ia memerangkap ramai orang di bawah timbunan runtuhan. Pasukan penyelamat bekerja pada waktu siang pada hari Rabu untuk mencari dua orang yang berada dalam runtuhan berikutan runntuhan kedua pada awal pagi ketika angin dan hujan melanda bandar itu. Seorang terbunuh dan dua lagi dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal, kata kerajaan perbandaran dalam satu kenyataan. Runtuhan bangunan itu adalah yang terbaru dalam siri bencana yang melanda Cuba yang dilanda krisis, termasuk letupan gas yang memusnahkan Hotel Saratoga H

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Image
[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh SEMPORNA: Tindakan pantas beberapa guru berjaya menyelamatkan lebih 20 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, Semporna daripada lemas apabila jeti di Kampung Pulau Pababag, runtuh dalam kejadian pagi tadi. Rakaman video memaparkan murid yang lengkap berpakaian sekolah sedang terjatuh ke dalam laut turut tular di media sosial. Beberapa guru yang turut berada di jeti berkenaan kemudian dilihat mengambil tindakan pantas dengan terjun bagi menyelamatkan murid terbabit. Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. Katanya, kejadian itu berlaku pagi tadi membabitkan murid dan penduduk kampung. "Guru yang turut berada di kawasan itu ketika kejadian berkenaan berlaku kemudian terjun menyelamatkan murid mereka. Alhamdulillah, semua murid dan guru selamat," katanya ketika ditemui Bangunan UMNO

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

Image
[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160793/ BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September 2022. Ketua Kampung Parit Baru, Norlaili Pardi berkata, ketika kejadian dia kebetulan sudah berada berdekatan dengan jambatan berkenaan pada jam 11.00 pagi. "Sebelum kejadian saya membuat tinjauan di jambatan berkenaan kerana melihat keadaan air sungai agak tinggi dan dipenuhi rumput yang sangat tebal. "Namun tidak menyangka tragedi jambatan runtuh berkenaan betul-betul berlaku di depan mata saya sendiri," katanya ketika ditemui hari ini. Beliau berkata, ketika kejadian tiada pengguna jalan raya atau penduduk kampung melalui jambatan berkenaan. https://youtu.be/Iai2qPf9cjk "Sudah hampir empat bulan sungai berkenaan tidak diselenggara dan pihak pengurusan kampung juga sebelum ini mendesak pihak berwajib untuk melakukan pembersihan

Enam kanak-kanak dikejarkan ke hospital selepas jambatan runtuh di Selatan Thailand

Image
Enam kanak-kanak dikejarkan ke hospital selepas jambatan runtuh di Selatan Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160552/ Semalam merupakan hari yang menakutkan bagi sekumpulan 50 murid darjah lima dan guru-guru dalam lawatan melihat alam semula jadi di Selatan Thailand. Ketika kumpulan itu berjalan melintasi sebuah jambatan di daerah Chian Yai di wilayah Nakhon Si Thammarat, jambatan itu runtuh, menyebabkan semua orang terjatuh ke dalam air. Enam kanak-kanak dikejarkan ke hospital berhampiran kerana mengalami kecederaan. Institusi Perubatan Kecemasan Kebangsaan telah dimaklumkan mengenai kejadian itu, dan unit operasi kecemasan peringkat tinggi bergegas ke tempat kejadian. Terdapat beberapa jambatan runtuh di seluruh Thailand tahun ini, sebahagian daripadanya telah telah mengorbankan nyawa. Awal bulan ini, jambatan pusingan U di atas Jalan Rama II menghala ke Bangkok runtuh, jatuh ke atas empat kenderaan dan mengorbankan dua orang. Seorang penumpang maut di tempat kejadian dan

[Video] Stadium bola runtuh di Kerala, lebih 60 dilapor cedera

Image
[Video] Stadium bola runtuh di Kerala, lebih 60 dilapor cedera Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157417 - LEBIH 60 orang cedera selepas stadium bola sepak sementara runtuh dalam satu kejadian di utara Kerala, India, malam kelmarin. Memetik laporan TribuneIndia.com, pihak polis berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah kampung bernama Poongodu yang sememangnya gila bola sepak. Kejadian berlaku semasa perlawanan tujuh sebelah sedang belangsung. Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan, dan tiada yang dilaporkan mengalami kecederaan serius. Polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika perlawanan akhir antara dua pasukan tempatan sedang berlangsung. “Mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital berdekatan,” kata polis. Lebih 2,000 penonton dilaporkan berada di stadium sementara itu ketika ia runtuh.