Kes nikah di Thailand meningkat 15 peratus bagi daerah Kota Setar
Kes nikah di Thailand meningkat 15 peratus bagi daerah Kota Setar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161898 Kes pernikahan di Thailand tanpa kebenaran yang membabitkan pasangan dari daerah Kota Setar kini secara puratanya meningkat 15 peratus sebulan, selepas dua tahun berlaku pandemik COVID-19. Pegawai Agama Daerah Kota Setar Datuk Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata kebanyakan pernikahan itu melibatkan individu bujang dan berpoligami tanpa kebenaran. “Terdapat lima hingga enam peratus yang bernikah di Thailand ini didapati tidak sah dalam pengesahan pernikahan mereka… tak sah sebab (antaranya) wali hakim yang tak bertauliah atau kahwin dengan isteri orang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu beliau menghadiri Majlis Pelancaran Menuai Padi Musim 1/2023 Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SSBA) Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi LZNK Datuk Norizan Khazali. Ahmad Faisol berkata terdapat juga kes pernikahan ...